Pages

Thursday, December 22, 2011

Aku Jatuh .....(Part 3)



The feeling of love embedded in our hearts is blessings from Allah. Allah is the one who emerged that feeling of love to another person.

But let us remember.."do be cautious in our actions". Once said “Loving someone is not a problem. But do observe Syara’.”

If our acts are not Syariah compliant, that feeling is not from Allah but a mere mirage created by Satan.

***

Selepas bersolat asar di Surau An-Nur ,Iman berniat untuk duduk lebih lama disitu kerana dia ingin berjumpa dengan seseorang yang dia hormati,dia kasihi malah sudah dianggapnya seperti  abang kandungnya sendiri..iaitu Irfan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Irfan di kampus (kerana ketokohannya yang sememangnya dikagumi ramai).

Iman : Assalamualaikum...ustaz Irfan.

Irfan : Waalaikummusalam..haa..Iman...enta tak balik lagi?

Iman : Belum lagi...ana tunggu enta la...enta sibuk tak?

Irfan : Owh...baguslah kalau macam tu,ana pun dah lama tak bersembang dengan enta nih..tapi sekejap ye, ana nak hantar mesej dekat bidadari di rumah takut nanti dia tertunggu-tunggu ana pulak.

Pecah ketawa Iman dibuatnya...dalam hati dia gembira melihat orang yang disayanginya kini bahagia dengan bidadari tercinta..Ukh Amal Hayati..

Iman : Wah,bahagianya entum berdua sekarang nih...ni yang buat ana jealous...huhu..

Irfan : Allah..jangan cakap macam tu,enta tetap dihati ana,sahabat ana..ingat tu,tak kan berubah walau ana sudah berpunya..hihi..

Iman : Hee..ana bergurau jela..saja nak test enta je..nasib baik lulus..(Iman ketawa riang..gembira bergurau dengan sahabatnya)

Iman :Hmm...sebenarnya ana ada benda nak tanya enta nih pasal Baitul Muslim..memandangkan enta sudah mengalaminya,mesti enta arif bab ni..boleh tak?

Irfan : Eh,tak la arif sangat,ana pun masih belajar lagi untuk jadi Imam yang terbaik buat bidadari tercinta..
hmm..insyaAllah..ana tolong mana yang mampu..Owh, dalam diam ye..tak bagitau kat ana pun...(dengan nada merajuk)

Iman : Ala...ana bukan tak nak bagitau enta ,tapi ana belum sedia..ana pun tak pasti apakah benar apa yang ana rasa tu atau tu cuma mainan syaitan semata-mata..Hmm..tapi sekarang ana dah sedia,ana dah yakin,sebab tu ana nak jumpa enta..

Irfan : Owh...baiklah..ana faham, ana pun pernah alami semua tu dulu.Eh,siapalah gerangan akhwat yang bertuah tu ye? ana kenal ke?

Iman : Hmm..enta kenal..dia (sambil menyebut sebaris nama yang indah) Erm..sebenarnya ana nak minta enta guide ana, apa yang perlu ana buat selepas ni..ana nak contohi enta..Enta hebat dalam perjuangan, kental dengan dugaan,tak pernah jatuh bila ujian mendatang.Ana tak nak jatuh asbab ujian cinta...ana nak teguh berdiri bersama enta dan sahabat-sahabat lain dalam perjuangan ini.

Irfan : Alhamdulillah..baguslah kalau macam tu,insyaAllah..ana akan sentiasa sokong enta..Hmm..ana cerita ni pun berdasarkan pengalaman ana sebelum mendapat bidadari tercinta. Pertamanya, kalau sudah suka, maka buatlah background checking. Ana sendiri, bila jatuh hati dengan Kak Amal tu, ana pergi bertanya kepada yang rapat-rapat dengannya ; senior-senior, ustaz ustazah, keluarga, untuk tahu berkenaan dirinya. Ana hingga pergi berziarah ke rumahnya. Berkenalan dengan ibu bapanya. Cuma masa itu ana tak nyatakan hasrat ana lagi sebab ana sekadar nak tengok, Kak Amal ini, keluarganya bagaimana.Lepas tu,ana bincang dulu dengan mak ayah ana,ustaz ustazah yang kamcing dengan ana, tanya pendapat mereka. Kalau semua rasa kita sesuai teruskan perkara ini, teruskan. Kemudian, bila sudah berpuas hati, rasa dia ok dengan ana, maka ana pun buat  move yang seterusnya iaitu hantar wakil untuk menyatakan perasaan ana kepadanya.Kemudian, apabila dah diterima, ana masuk pulak ke alam pertunangan, dan di alam pertunangan inilah sebenarnya ana memanjangkan lagi ta'aruf .Dalam tempoh ni,janganlah sampai tidak berhubung langsung. Kononnya hendak menjaga syara'. Hendak menjaga diri dari zina hati kononnya. Berhubunglah. Tetapi dengan batas. Pastikan penjaga tahu, ibu bapa tahu bila kita berhubung. Dan ana sebenarnya, lebih memperbanyakkan berhubung dengan penjaganya, berbanding berhubung dengan tunang ana ketika itu. Ana cuba eratkan hubungan kekeluargaan, perdalamkan ta'aruf dengan banyak bertanya kepada kedua ibu bapanya dan juga ahli keluarganya yang lain.Dalam masa yang sama,ana berusaha membina karier, peribadi diri, kematangan, dan kefahaman agama.Dan paling penting, ana  berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan yang terbaik,supaya hubungan ana itu diredhaiNya sehingga ke alam perkahwinan.Dan Alhamdulillah..kini..ana seperti yang enta lihat,bahagia bersama bidadari tercinta.

Iman : Wah..banyak ilmu yang ana dapat hari ini..rasa tak sabar-sabar pulak nak ikut jejak langkah enta..hehe..

Irfan : Alhamdulillah,ana ternanti-nanti nak ucap "selamat datang ke kelab suami beriman" kat enta..
Apa-apa pun,ana cuma nak ingatkan kat enta, persediaan daripada dalam diri sendiri perlu ada. Niat,ilmu tentang pernikahan  serta persiapan mental dan fizikal untuk menghadapinya perlu cukup-cukup bersedia.Ia bukan semudah yang difikirkan.Ana sendiri, walaupun merasakan diri cukup bersedia waktu tu,ternyata masih banyak yang perlu diperbaiki.Enta juga kena ingat, dalam soal perkahwinan ni, jangan tergesa-gesa dan jangan  bertangguh-tangguh.

Iman : InsyaAllah..ana akan berusaha untuk perbaiki diri mulai saat ini..Dan ana nak ucap terima kasih banyak-banyak la sebab sudi peturun ilmu  kat ana nih..Hanya Allah saja yang mampu balas jasa baik enta.. Nie buat ana sayang enta lebih..hihi..

Irfan : Haha...yela tu, baru sekarang nak cakap sayang..hee..Hmm..ana doakan enta akan dapat apa yang enta cari..semoga Allah bantu,semoga Allah redha..Ha, ana ada amanat  untuk enta,pegang baik-baik ye..

"Be the best for the Muslim, you can get a great Baitul Muslim"


Iman : Subhanallah..hebat sungguh sahabat ana nih..memang beruntung Kak Amal..hehe..ana akan ingat amanat nie sampai bila-bila..insyaAllah.

Irfan : Haza min fadli rabbi..alhamdulillah..eh,ana nak mintak diri dulu ye,kesian bidadari tunggu dekat rumah sorang-sorang. Jaga diri,iman,amal ye..sampai berjumpa lagi..assalamualaikum.

Iman : Huhu..insyaAllah..baiklah..terima kasih banyak-banyak ustaz..Sampaikan salam buat bidadari di rumah..waalaikummusalam.




p/s:inspirasi dari note Hilal Asyraf.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...