Pages

Wednesday, December 21, 2011

Menggamit MEMORI



Alhamdulillah..sampai juga diri ini di tempat yang dirindui (rindu sesangat )

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi tarbiah ini,akhirnya pada tanggal 16 Disember 2011 diri ini berpeluang untuk berkunjung di situ..All praises to Allah.

Bumi tarbiah ini tidak banyak berubah kalau ditengok dari segi luarannya,namun ia mempunyai tarikannya tersendiri.. (kalau tak percaya tanya ex-student yang lain)

Nak dipendekkan cerita,bermula 16-22 Disember, berlangsungnya program MEMORI
Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam

Dan pada tanggal 16/12 yang lepas bermulanya majlis pembukaan program tersebut.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan penampilan Imam Muda Memori dan Forum Remaja.

Subhanallah..memang sangat hebat majlis itu..tahniah semua penggerak MEMORI!


Imam Muda Memori bersama Imam Muda Nazrul
Bergambar selepas mendengar amanat Imam Muda Nazrul
Sebelum terlupa..nak share sket input yang dapat malam tu..

Hajat dihati nak rakam full forum tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan..hanya mampu rakam sket dan yang selebihnya hanya mampu record je (tapi tak dapat jugak share kat sini sbb ada masalah) 


<<<>>>


Forum See You Di IPT


Kepentingan remaja hari ini


1)Jangan hanya pandai cakap,tapi tidak laksanakan..
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff 61:3)

2)Boleh memberi manfaat untuk agama,negara,masyarakat dan diri sendiri.
"Boleh memberi manfaat kepada orang lain" [imam hassan al-banna]

3)Menjadi khalifah di muka bumi.
"Kena mendirikan agama dan mentadbir seluruh urusan kehidupan dengan agama yang dianuti"
[imam al-Mawardi]

4)Menjadi dan melahirkan individu muslim yang sejati.

5)Nak belajar ilmu agama kena dalami ilmu Al-Quran [Abdullah Ibn Mas'ud]

6)Setiap daripada kita berperanan untuk menyebarkan agama Allah..tidak terkecuali.

Bercouple sebelum nikah?

"Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim." [surah at-Taubah:109]

1)Kita perlu bina persiapan ke arah pernikahan atas dasar yang kukuh bukan binaan yang rapuh...bukan dengan couple!

2)Konsep cinta yang sebenar adalah SETIA (sebelum dan selepas nikah)

Bagaimana untuk kuatkan azam untuk berjaya?

1)Amalkan doa ini اللهم اجعلني من القليل
2)Kena tahu matlamat Allah jadikan kita.
3)Kita perlu sedar dan ingat bahawa kita semua berisiko untuk mati.
4)Beristigfar atas dosa yang kita pernah lakukan,nescaya Allah akan ampunkan.

Rumusan

1)Jadikan dunia untuk melabur saham supaya dapat  mengaut keuntungan di akhirat kelak.
2)Kita kena pastikan kita adil pada diri,keluarga,masyarakat,negara.
3)Berdoa kepada Allah.

"Yang Allah kata haram itu sekejap saja ,sabarlah sekejap...yang Allah kata halal lagi luas..kenapa nak pilih yang sekejap..pilihlah yang abadi"

'Be the best for the muslim,you can get a great Baitul muslim"

[Ustazah Fatimah Syarha]

<<<>>>

Ayuh..remaja remaji Islam!!

Mari menjadi Individu Muslim yang sejati sebelum melangkah ke peringkat seterusnya >BM 

Semoga bermanfaat.

wassalam.


p/s:Rugi siapa tak pergi forum ni..banyak input berguna ...hanya mampu share yang ini ^^


4 comments:

iQaH @ $yA said...

wahwah..bestnye akmal pergi forum..

Nur Hayatul Akmal said...

to $yA:

yup..best sgt...terubat sket luka yang lalu ^^

USHBUN MUSTAWIYYUN said...

salam..sy ex ajk memori kmpp 2010..rs sgt bbangga adik2 buat lebih mantop lepas ni..masyaAllah

Nur Hayatul Akmal said...

to Ushbun Mustawiyyun:

wsalam..ya,sy pergi juga memori 2010..semuanya mantop & bertambah mantop skrg ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...