Wednesday, December 28, 2011

Sebarkan Cinta-Mu : Takdir



"Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya.Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati"

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak,ibu,bapa,isteri dan yang bergelar suami.Indahnya,ia dihuraikan dengan Islam dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Sinopsis:

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri yang taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya' didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.
<<<>>>

Subhanallah...sangat bermanfaat buku ini, banyak khazanah ilmu yang tersimpan disini.. walaupun belum habis baca lagi, tapi nak kongsi jugak apa yang saya dapat dari buku ni..banyak ilmu di sini tapi hanya sedikit saya nak kongsi sebab ini sangat menarik hati! 

Kalau nak tahu lagi, kena beli & baca sendiri..semoga bermanfaat buat empunya diri.

***
Nie antara sedikit ilmu yang saya ambil dari novel tauhid ini, namun telah diolah sedikit ikut kefahaman saya berdasarkan pembacaan lain jugak.

semoga bermanfaat!

Memahami Konsep Takdir:

Sebelum tu,mari kita revise balik tentang pembahagian takdir.

Takdir ada dua, takdir mubram dan takdir mu'allaq:

->Takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya. Contohnya seperti hari kiamat dan apabila seseorang meninggal dunia.

Sebagaimana firman ALLAH S.W.T : 

'Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya' (Al-Araf:34)

Takdir mubram ini terdapat pada sunatullah yang ada di alam ini. Oleh kerana itu, sunnatullah tersebut juga terbahagi dua iaitu hukum-hukum kemasyarakatan dan hukum alam. Dalam al-Quran surat al- Fushilat ayat 11 dinyatakan bahawa sekali-kali tidak akan pernah terjadi perubahan pada sunnatullah.

->Takdir mu'allaq pula ialah qadha dan qadar yang bergantung pada ikhtiar dan usaha seseorang mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir ini manusia berdoa, wajib berikhtiar atau berusaha ikut kemampuan demi mengubah keadaan menjadi lebih baik buat dirinya. Tentu sahaja soal berhasil atau tidak usahanya bergantung kepada ALLAH S.W.T.

Hikmah kita diwajibkan beriman kpd takdir adalah supaya kita tidak terlalu sedih apabila ditimpa musibah & tidak lupa diri ketika mendapat kurnia kerana yakin semua tu daripada Allah..ini bagi perkara yang 'telah terjadi'.

Bagi perkara yang 'belum terjadi',kita tak tahu apakah takdir kita.Jadi, tugas kita adalah  berfikir dan memilih. Dan kita perlu ingat bahawa apa yang akan kita pilih ,sudah ada dalam ilmu Allah.

Kita juga perlu faham bahawa apabila sesuatu itu 'sudah berlaku', kita dibolehkan bercakap soal takdir.Ia berlaku dengan qadar Allah dan pilihan manusia.Sekiranya ia belum berlaku,sesuatu perbuatan itu tidak dipaksakan Allah kepada kita.Kita masih dapat berusaha dan berdoa.Sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.." (Ar Ra'd:11)

Allah tidak menzalimi seseorang dengan mentakdirkan sesuatu yang buruk melainkan diberi pilihan bagi memilih yang baik.Pilihannya itu pula sudah pun ada dalam ilmu Allah sejak azali.

Jadi,konsep takdir itu perlu difahami dengan betul. 
Jangan menyerahkan diri bulat-bulat kepada takdir....fikir & zikir.

semoga kita bertakwa.

Let's spread the love...

5 comments:

Amjad Azhar said...

'Pakcik' Murabbi kata apa? Hehe... Ampa ni dok beli buku pasai jiwang2 ja... Bukan pasai tarbiyah & perjuangan pun... =P

Fadli Zul Ikram said...

baru habis baca novel ni.
sangat berguna dan banyak input...=)

Anna Husna said...

to Amjad:

Betul la apa yg PakCik Murabbi ckp 2..tp nie bukan novel jiwang2 tau.. novel tauhid,novel tarbiah..
salah satu pendekatan yg bgus oleh Fatimah Syarha dlm nk menyampaikan fikrahnya kepada ank muda sekarang.. kamu mesti baca...wajib!!! ^^

to Ikram:

alhamdulillah...asbab buku nie byk membantu remaja remaji sekarang dlm mencari 'erti hidup' yang sebenar..
lps nie,boleh la sebarkn ilmu pada yg lain...^^

Akashah Althanfunrijal said...

banyak ilmu y boleh dapat dlm novel ini..contoh..ilmu tentang poligami..(^_^)

Anna Husna said...

to Akashah:

ya,tu antara topik yang utama..tapi ada jugak sub topik lain yang sangat bermanfaat..
alhamdulillah..akhirnya,habis juga baca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...