9:1 (Baca: 9
nisbah 1)
"Sempena saya nak berumah tangga ni, apa kitab yang ustaz nasihatkan saya baca?" tanya seorang anak muda.
"Kalau ustaz cadangkan buku, boleh? Bukan kitab", saya mengusik.
"Sama sahaja tu ustaz. Satu bahasa Arab, satu bahasa Melayu," beliau membalas.
"Bukan apa, susah orang nak terima kalau Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray tu sebagai 'kitab'!" saya menyambung.
"Ustaz suruh saya baca buku tu? Kenapa?" tanyanya seperti terkejut.
"Itulah, saya dah cakap, mesti enta terkejut punya," saya tersenyum.
"Kenapa ustaz tak cadangkan saya baca buku Adab Perkahwinan oleh al-Albani ke, atau buku Tarbiyyah al-Aulaad fi al-Islaam oleh Abdullah Nasih Ulwan?" beliau menyambung pertanyaan.
"See, kalau saya sebut kitab-kitab tu, enta pun dah tahu dan faham kenapa buku tu PERLU dibaca. Tapi buku John Gray ni, kalau saya tak sebut,rasa-rasanya enta terfikir tak untuk membacanya?" saya menguji.
"Hmm, entahlah. Mungkin tak kot," jawabnya perlahan.

Soal hukum-hakam, kita tahu di mana hendak bertanya, dan bagaimana hendak menyelesaikannya. Rumah tangga bukan terbina hanya atas kejelasan soal hukum fiqh kerana Hukum yang syariatullah itu jelas dan terang.
Tetapi, ketetapan Allah bukan hanya sekadar pada apa yang halal dan apa yang haram. Hidup ini bukan hanya pada syariatullah. Manusia saling berhubung dengan sunnatullah. Psikologi manusia dan peraturan komunikasi.
Buku Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray itu antara buku yang bagus hasil kaji selidik yang membabitkan jumlah manusia yang ribuan. Ia adalah kajian tentang tabiat manusia.
Lelaki dan wanita nyata berbeza. Ungkapan al-Ghazali dalam isu yang sama menyebut, 'lelaki itu sembilan akal dan satu nafsu manakala wanita pula sembilan nafsu dan satu akal'. Terjemahan ini agak mengelirukan, walhal soal hawa nafsu, lelaki tidak mudah dibezakan dengan wanita.
Setelah membaca buku ini, dapatlah disimpulkan bahawa ungkapan al-Ghazali itu sepatutnya diterjemahkan kepada, 'lelaki itu sembilan logik dan satu emosi, wanita pula sembilan emosi dan satu logik'.
Itulah
maksud 9:1 diatas.
Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Betul tak? Ini bertepatan dengan ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan talak di tangan lelaki.
Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi wanita. Wanita dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan kadar 9:1. Maka, wajarlah jika sesuatu 'hal' atau 'masalah' yang dianggap remeh atau kecil oleh lelaki, tetapi nilaiannya besar bagi wanita kerana mereka melihatnya dari sudut emosi.
Inilah sebahagian daripada sunatullah...peraturan Allah dalam hubungan sesama manusia.
Justeru, maafkanlah wanita jika tindakan mereka lebih mengikut emosi kerana itu kelebihan mereka. Cuba memahami dan meraikan kelebihan masing-masing seadanya mengikut ketentuanNya.
InsyaAllah.
NHAMR
Semanggol, Perak.
Semanggol, Perak.
Sumber
rujukan:
Men Are
From Mars, Women Are From Venus (John
Gray)
Aku Terima
Nikahnya (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)
p/s: Pandai-pandai la tafsirkan kek coklat dan red velvet tu :)
No comments:
Post a Comment