Pages

Thursday, June 19, 2014

Ustaz Revolusi






Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam awalnya asing dan kelak akan kembali menjadi asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah bagi al-ghuraba' (orang-orang yang asing)."
Riwayat Muslim

Antologi cerpen Revolusi ini ditulis dengan misi 'memanusiakan' manusia. Maka, tidak hairanlah cover buku ini diletakkan gambar Beruk sebagai penghiasnya.

Jika sebelum ini, beliau dikenali sebagai penulis buku motivasi dan kerap ke udara di corong radio, kini Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kembali dengan sebuah karya fiksyen yang menjentik minda dan emosi.

Sepanjang membaca buku ini, akal banyak berfikir dan minda mula berimaginasi. Setiap cerita pendek yang dipersembahkan mengundang suspen pada diri yang membaca. Lain yang dijangka, lain pula kesudahannya.

Inilah kali pertama membaca karya yang benar-benar membuka minda dan menyentuh hati. Kerana kelainan yang dibawakan, perlu mengambil beberapa hari untuk menghabiskan buku yang benar-benar 'memanusiakan' diri ini.

Antara catatan dalam cerpen ini:

Orang revolusi mesti kreatif, berani, dan kritis untuk memberi pandangan-pandangan radikal. Jika hanya tukang angguk-angguk, tidak ke mana akhirnya. Bagaimanapun, apa boleh buat, Menteri Beruk adalah orang terpandai dalam kalangan rakyatnya. The best among the worst!

"... aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi . Revolusi besar, hebat dan gagah. Revolusi apa? Menukar dan memimpin beruk menjadi manusia! Nah, itu misi revolusiku.."

 Akal digelap, hati digilap. Padahal, akal itulah yang diperintahkan berfikir, merenung dan bertadabbur oleh Allah. Fikir dan zikir jangan dipisahkan. Fikir tanpa zikir tertipu. Zikir tanpa fikir keliru!

"Aku nekad. Tetapi aku tidak berjudi. Aku tidak berjudi dengan kebenaran. Aku mujahadah. Bermujahadah dengan nafsu yang inginkan keindahan lahiriah. Aku buru keindahan hati. Aku yakin di situlah kebahagiaan".

Ajalnya tiba lebih cepat daripada cita-cita kami. Dan aku turut merasai kekalahannya dalam perlumbaan itu. Sungguh, dia berlumba dengan taubat dan ajalnya. Allah-lah yang menilai hatinya!

Mereka berdua sajalah yang berjemaah pagi itu. Peserta demonstrasi mengutuk Yahudi masih nyenyak tidur. Letih mengutuk musuh Allah hingga terlalai menyembah Allah!

"Ilmu Allah itu luas. Disebalik yang zahir ada yang batin. Melihat sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat itu perlu pada mata hati. Hati itu perlu didekatkan sedekat-dekatnya dengan Allah. Ia akan bercahaya dan ketika itu tersingkaplah rahsia-rahsia alam yang terlindung dari pandangan mata biasa.."

"Senjatamu, gunakanlah untuk menentang musuh, tapi jiwamu gunakanlah untuk menentang hawa nafsu.."

"...mencemik pada purdah tapi pejam mata pada dedah. Mereka mahu Islam ikut otak dan nafsu mereka. Dan ditempel itu dengan istilah maju, progresif dan moden,".

"Mengikut Akta 1.3 Kanun Taubat dan Kifarat, encik didenda dengan mengucap tiga puluh kali Astaghfirullah, berselawat seribu kali. Denda mesti dibayar tunai, di tempat kesalahan dan saya sebagai Pegawai Hisbah boleh jadi saksi.."

"Ini kerajaan Islam Darul Taqwa, encik. Semua bekerja kerana Allah. Duit bukan matlamat. Duit hanya alat. Semua orang berebut-rebut mahu korbankan duit untuk dapat pahala akhirat.."

Nah, itulah antara catatan dalam cerpen ini yang menjentik minda. Dari luar nampak biasa, bila membaca terasa luar biasa.

Dengan misi keluar dari zon selesa, menarik minat orang muda membacanya.

Siapkah kita berevolusi?

Untuk mendapatkan buku ini, boleh Klik disini

Selamat membaca

Selamat berevolusi!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...