Dalam hidup ini kita tidak akan terlepas dari membuat pilihan.
Mungkin senang untuk kita tinggalkan apa yang kita benci dan memilih apa yang kita suka.
Tetapi,selalunya kita akan rasa susah untuk lepaskan apa yang kita suka dan pilih apa yang kita benci.Ini bukan sebab apa yang kita benci itu tidak baik untuk kita tetapi kita merasakan bahawa dengan mengikut kata hati itu adalah satu kepuasan pada diri kita.
Kenapa kita sangat bergantung kepada apa yang kita suka ?
Kenapa kita dengan sombongnya meninggalkan apa yang kita benci ?
Kenapa kita dengan sombongnya meninggalkan apa yang kita benci ?
Sebenarnya,bukan semua yang kita suka itu bagus dan bukan semua yang kita benci itu tidak bagus.
Jadi,kita perlu bijaksana dalam membuat keputusan walaupun ianya sangat berat bagi kita.
Mari selesaikan masalah ini secara profesional.
Letakkan sepenuh kebergantungan kita kepada Allah.
Bijak pandai pernah berkata: "Orang yang pandai, belajar daripada kesilapan dirinya sendiri. Manakala orang yang bijaksana, belajar daripada kesilapan yang dibuat oleh orang lain."
Sesungguhnya, kita adalah orang yang bijaksana. Maka membaca, mengambil ilmu ataupun pengalaman orang lain adalah satu ciri yang terdapat pada orang yang bijaksana.
Sesungguhnya, kita adalah orang yang bijaksana. Maka membaca, mengambil ilmu ataupun pengalaman orang lain adalah satu ciri yang terdapat pada orang yang bijaksana.
No comments:
Post a Comment