Pages

Saturday, June 1, 2013

Satu Hati




Masa kecil, Adik rapat sangat dengan Abah. Ke mana saja Abah pergi, pasti Adik ikut sekali.
Bila sudah dewasa, Adik lebih rapat dengan Mak. Tapi itu bukan bermakna Adik sudah tidak sayang Abah.

Biasalah, anak remaja kan selalu akan bercerita itu ini dengan ibunya.
Masuk ke sekolah menengah, masa Adik banyak habis di asrama. Masuk universiti pun sama. 
Waktu cuti sajalah Adik dapat meluangkan masa bersama Abah dan Mak.

Suatu hari, Abah bertanya kepada Adik. 

“ Adik cinta Abah tak? ”

Pantas Adik menjawab. “ Tentulah adik cinta Abah! ”

“ Adik cinta Mak? ”


“Mestilah..Adik cinta Mak macam Adik cinta Abah.”

“Adik cinta Allah?” Abah terus bertanya lagi.

“Sungguh..Adik mencintai Allah..” Jawab Adik lagi.

Abah kemudian bertanya lagi kepada Adik. “Adik, macam mana satu hati boleh mempunyai 3 cinta pada satu masa?”

Adik tersenyum, lantas menjawab. “Wahai Abah, kerana mencintai Allah, Adik pun mencintai Abah dan Mak.”



Kerana cinta kita kepada Allah, Kita mencintai makhluk ciptaanNya; 
Mencintai ibu bapa kita. 
Memperlakukan ibu bapa kita dengan hormat dan penuh kasih sayang. 

Kita mencintai Allah, kerana itu kita mengikuti perintah Allah.   
Allah memerintahkan kita untuk menghormati dan mencintai ibu bapa kita. 
Allah memerintahkan kita untuk memperlakukan ibu bapa kita dengan baik. 
Allah mengajarkan kepada kita bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu merupakan sebuah keharusan bahkan harus didahulukan daripada ibadah fardu kifayah serta amalan-amalan sunnah yang lainnya.
Sungguh.. apa pun yang kita lakukan..Kita tetap tidak akan dapat membalas jasa ibu ayah kita.

 Cinta Mak Abah 


(",)

Mari sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu ayah kita
samada yang masih ada ataupun yang sudah tiada.

Al-Fatihah.
 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...