"Kak Na, macam mana kak Na kenal Abg. Is?"
"Hmm..panjang ceritanya."
"Pendekkan la..hihi.."
"Sebelum tu, akak nak tanya..Ika tahu apa beza Mekah dan Madinah?"
"Hee..yang Ika tahu dekat Mekah ada Masjidil Haram, dekat Madinah ada Masjid Nabawi.."
"Lagi...dari sudut geografinya?"
"Ouch, asyik duduk terperap dalam makmal je..mana Ika tahu sangat bab-bab geografi ni.."
"Ok, mari akak kongsi sikit cerita.."
"Wahh..orait!"
Mekah adalah tanah yang keras dan kering.
Sama seperti ini, lelaki biasanya 'kering' dan susah atau tidak tahu bagaimana untuk menangis. Jika mereka menangis, mereka tidak mahu menunjukkan ia kepada orang lain sebaliknya mereka menyimpan semua kesakitan itu dalam diri mereka atas sebab menjaga 'standard' diri.
Mekah juga mempunyai iklim yang keras, dan dikenali sebagai kawasan pergunungan. Ketampanan lelaki terletak pada kejantanan, kekuatan kuasa dan tahan lasak mereka. Inilah yang menjadikan mereka menarik dan membolehkan mereka untuk memimpin dengan berkesan.
Emosi utama Mekah adalah `izzah'. Mereka selalu menjaga kehormatan dan akan melakukan apa sahaja untuk melindunginya. Mereka suka dihormati dan diakui, inilah yang mendorong mereka untuk cemerlang sebagai seorang individu.
manakala
Madinah adalah tanah yang lembut dengan air mengalir dibawahnya, dan hujan adalah konsisten sepanjang musim.
Hal ini mencerminkan wanita yang mudah menangis dan mereka tidak takut untuk menzahirkan emosi mereka.
Madinah adalah subur, penuh dengan keindahan dan ketenangan.
Wanita yang dikenali sebagai aman, penuh ketenangan dan sifat kewanitaan mereka membuatkan mereka itu tampil cantik.
Madinah adalah tempat yang penuh dengan kasih sayang.
Orang-orang disana dikenali dengan kelembutan mereka. Wanita secara amnya lebih penyayang dan mereka adalah lemah-lembut dan akan memberi lebih daripada apa yang mereka terima.
Kalau kita lihat perbezaan ayat dalam Al-Quran:
Ayat Makkiyah
Lebih pendek
Lebih ringkas
Bersifat umum
Ayat Madaniyah
Lebih panjang
Lebih terperinci
Lebih 'specific'
"Subhanallah...Ika tak pernah terfikir macam tu.."
"Itulah untungnya kahwin dengan Geologist!"
"Untung la akak, tapi apa kaitan dengan soalan Ika tadi ?"
"Hee..tak ada kaitan, saja nak promote Geologist..hihi"
"Ish..akak nie..huhu"
(",)
This is not "Men are from Mars, Women are from Venus"
This is "Women are from Madina, Men are from Makkah"
Anda dari mana?
Mekah?
Madinah?
Tidak kisah la siapa pun pasangan / bakal pasangan kita
kerana itulah sebaiknya untuk kita.
Tidak kisah la siapa pun pasangan / bakal pasangan kita
kerana itulah sebaiknya untuk kita.
'Syukuri persamaan, Raikan perbezaan'
Kerana kita adalah hamba Dia.
"Marriage isn’t all about looks, it's also about looking past the surface and falling in love with the bigger picture" (Boonaa Mohammed)
1 comment:
im from madena ! <3
Post a Comment