Pages

Sunday, December 16, 2012

Abah..




16 April 2012 (2.00 p.m)
Sedang berjalan bersama-sama sahabat untuk kembali ke surau selepas berjumpa Sir Najib. Tiba-tiba, telefonku menjerit minta diangkat.

"Adik..test dah habis belum..?"
"Belum,petang ni pukul 4 baru start..lepas tu terus nak balik sana..kenapa??"
"Hmm...owh..xpela..nanti kak kol balik..siap-siap jela dulu.."
"Ha...ok..wsalam."

"Ain, tak sedap hati la...nak mintak kat madam buat test dulu la.."
"Ha..pergi la try mintak kat madam"

"Assalamualikum..madam.boleh tak saya nak buat test sekarang, ada emergency"
"Owh..boleh,sekejap ye..saya print out soalan dulu.."
"Ok..terima kasih ya madam"

Selesai menjawab test.

Turun ke bawah,ditengah jalan terserempak dengan Presiden Islah. Tinggalkan beberapa pesanan penting berkaitan 'Open Day Mestech' yang bakal berlangsung 2 hari lagi...Islah terlibat membuka booth pada hari tersebut.Allah..rasa bersalah,tidak dapat nak tolong banyak, sudah la hari minggu tak bersama mereka, hari ni terpaksa mintak diri untuk tidak bersama juga pada hari 'Open Day' berlangsung nanti.

Kemudian,ada sahabat yang lain lalu disitu..
"Akmal...lama tak nampak,apa khabar?.."
"Alhamdulillah..kdani.." (cuba untuk senyum)
maaf kdani,tak mampu nak cakap banyak, nak habiskan perbualan cepat-cepat dan segera balik ke rumah.

Sedang menghabiskan perbualan terakhir,tiba-tiba...terima satu mesej..

"Abah dah tak ada"

Terkejut..macam tak percaya,cuba untuk tenang. Cuba menamatkan perbualan secepat mungkin.
Selepas selesai berurusan, segera mintak diri, mohon maaf  sebab tidak dapat membantu pada hari kejadian.

Segera bergegas ke surau.

"Ain..abah akmal dah..."

Tidak sempat menghabiskan kata-kata, air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua.

Sedih..tak sempat menatap wajah Abah petang itu.

Tidakku sangka malam itu..kali terakhir aku menatap wajah Abah.

16 April 2012 (12.45 a.m)
"Abah..mintak maaf, nak balik Kajang dah..Abah rehat na.."

Wajah tuanya kukucup,terasa sebak..namun kutahan agar air jernih tidak tumpah depan Abah.
...

Perjalanan kereta api yang lama, membuatkan lamunanku jauh melayang.

"Esok lepas test,presentation semua nak balik semula lah" gumamku dalam hati.
Akhirnya,terlelap dalam kesayuan.

***
Saat ini, aku teringat kisah Ummu Sulaim yang memotivasikan diri. Walau tidak sama dengan situasiku, namun ia sangat memberi inspirasi dan motivasi. Alhamdulillah.

"Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu sekiranya ada seseorang yang menitipkan sesuatu kepada orang lain untuk suatu masa tertentu. Kemudian ketika si pemilik itu hendak mengambil barangnya kembali, patutkah jika orang yang dititipi itu keberatan?"

"Sebenarnya tidak boleh begitu..Ia wajib untuk segera mengembalikan barang itu kepada pemiliknya dengan penuh keikhlasan.Bukankah barang itu memang bukan miliknya?"

"Jika begitu, ketahuilah bahawa putera kita adalah milik Allah yang dititipkan kepada kita. Ikhlaskanlah puteramu, kerana kini Sang Pemilik telah mengambil barang titipannya."

Allahu Allah..

Di jalan cinta para pejuang, sejak awal kita mengikrarkan bahawa kita semua milik Allah, dan hanya padaNya kita akan kembali.

"..Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (2:156)

Justeru, dengan sahabat yang paling rapat, dengan isteri yang paling setia , dengan suami yang dicinta, dengan ibu bapa yang paling disayangi atau anak-anak yang berbakti, hubungan kita bukanlah hubungan saling memiliki.
Allah hanya meminjamkan mereka untuk kita dan meminjamkan kita untuk mereka. 

Subhanallah, begitu besar kurnia Allah, ditakdirkan kita bersama atau pernah bersama.
Bersama di jalan cinta para pejuang.


Teach your son/daughter the Quran,and Quran will teach him/her everything

Hari ini genap 8 bulan pemergian Abah.
Allahyarham Mohd Rapiai Bin Mohd Daham
Semoga Abah tenang disana.. ~Al-Fatihah

Aku rindu
Hanya padaMu aku mengadu
Sampaikan cintaku 
kepada hambaMu.

2 comments:

Farah Hanim said...

Apabila mati anak adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh dan solehah yang mendoakannya :)

Al-Fatihah.InsyaAllah roh ayah akmal tenang di sana. Ameen :)

Nur Hayatul Akmal said...

to Farah Hanim:

InsyaAllah..aamiin..

shukran farah ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...