Thursday, December 20, 2012

Di Jalan Ini Dia Bernikah



Kalau dikait buah pinang,
Entah berbuah entahkan tidak;
Kalau dibawa sirih peminang,
Entah diterima entah tidak.

Aku ingin menjemputmu
biar nanti ada disisi
sama-sama meraih redha ilahi
namun,apakah engkau akan menerimaku?
itu tidak kutahu.

**
tuut..satu mesej masuk ke inbox h/p Anna.

“Dia mungkin bukan seseorang yang kau harapkan. Tapi dia juga bukan seseorang yang pantas untuk kau tolak.”-Ukhti Ain-

Mesej dari Ukhti Ain itu,dibaca berulang kali..
Anna bingung..keliru...dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya.

 Dia sedang menunggu seseorang untuk melamarnya, akan tetapi justeru orang lain yang datang.

Dilemma pastinya. Haruskah menunggu pada ketidakpastian? 

Pantaskah menolak lamaran yang datang?

Yang mana harus Anna pilih?



***
Asyik berfikir soal nikah
sampai malas buat kerja dakwah
suruh pergi program tarbiyah
mulalah beri banyak alasan dan helah.

***
5.00 P.M
"Ingatlah sahabat-sahabat, jalan yang kita pilih ni tak ramai orang yang sanggup. 
Buat kerja ni duit keluar bukannya masuk. 
Sebab tu,nilai perjuangan ni tinggi, setinggi mana nilai Islam, tinggi itulah nilai perjuangan..."

"Dan ingat juga, jalan ini bukannya 'sweet' semata-mata,ianya susah dan panjang.."


(9:42)

6.00 P.M
"Alhamdulillah...semoga pertemuan kita pada hari ini diredhai Allah.."


Pertemuan petang itu diakhiri dengan doa Rabitah.
...

InsyaAllah,kini
Anna sudah bersedia
Bersedia untuk memilih.

Ummi, Walid..izinkan ya?
Dia lah pilihan Anna..

"Dia" yang Anna pilih adalah jalan DAKWAH..

"Cincin di jarinya bukan tanda ikatan istimewa, melainkan hanya mengingatkan diri bahawa dia sudah ‘menikahi’ jalan dakwah ini, maka semestinya dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang dai’e dengan sepenuh hati. Biarlah hatinya diisi dengan cinta Ilahi, biar mantap fikrah dan aqidah di hati, mengejar keredhaan Allah, mahu jadi bidadari kesayanganNya. Mungkin nanti dia tidak peroleh cinta di dunia, tetapi dia yakin, di syurga nanti ada cinta yang lebih bahagia untuknya ." -Syafiqahrahmat-
semoga Allah redha


4 comments:

Amjad Azhar said...

Eh?! Tahniah kak!

*pesan Along kat adik2 lelakinya, "Akhi, kalau enta dah berpunya, jangan diamkan... Nanti kasihan yang mengharap..." =)

Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai said...

to Amjad Azhar:

erk..tahniah Amjad!!

memang Along yang baik ni.. ^^

Waalid5035 ™ said...

datang melawat...tahniah ye...:)

Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai said...

to Waalid:

terima kasih...tahniah apanya? ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...