Rata-rata orang Islam kini,kadang-kadang telah meletakkan suatu sifat untuk menggambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah tetapi tidak berpandukan apa yang telah digariskan oleh ulama.
sebagai contoh, ada yang mengatakan:
1. ALLAH MAHA HEBAT
2.ALLAH MAHA BAGUS
Dan sebagainya...begitu juga rata-rata, ramai antara kita menyebut nama-nama Allah yang mana kita rekanya sendiri . (nauzubillah)
Tidak semua sifat yang ada pada makhluk layak kita sifatkan pada Allah kerana Allah tidak sama sedikit pun dengan makhluk sama ada zat, sifat atau perbuatan...seperti firman Allah ini:
(42:11)
Oleh itu, apabila kita mahu sandarkan apa-apa nama kepada zat Allah,adalah lebih tepat dan elok kita mengikut cara para ulama nusantara yang mana telah menterjemah 99 nama-nama Allah kepada bahasa kita yang mana maksudnya tidak berbeza dengan perkataan dalam bahasa arabnya.
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik).."
2 comments:
Nice entry..
to last bloodz:
insyaAllah..moga dapat diambil manfaatnya dan disampaikan kepada yang lain.
Post a Comment