Pages

Thursday, June 14, 2012

Arab Spring!


Ahmed Syafiq (kiri) Dr.Muhammad Mursi (kanan)
Kisah disebalik Arab Spring di Mesir.

...

Seorang wanita ditanya oleh orang ramai: "Kenapa kamu mengundi Mursi sedangkan kamu ini beragama kristian?"

wanita itu menjawab: "Jadi, siapa yang patut saya undi?"

Orang ramai menjawab: "Syafiq."

Wanita itu membalas: "Kenapa?"

Orang itu menjawab: "Tidakkah kamu dengar bahawa dia (syafiq) akan memansuhkan ayat-ayat 
al-Quran di dalam silibus pendidikan?"

Wanita itu menjawab: "Ya, saya ada dengar, oleh sebab itu saya memilih(mengundi) Mursi."

Orang ramai: "kenapa?"

Wanita itu membalas:"Kalau dia (Syafiq) tidak menjaga agamanya sendiri, bagaimana dia nak menjaga agama ku?"
...

Ya..itu antara kisah yang benar-benar membuka mata.

Kita di Malaysia,pasti inginkan yang sama bukan?

Janganlah kita menyokong sesuatu tanpa kefahaman yang jelas.

Fikirlah..kajilah

gunakan akal fikiran yang Allah beri sebaiknya.

Jangan obses mengikut telunjuk manusia,nanti hidup merana.

Pilihlah kebenaran,kerana hanya kebenaran bisa menolak kebatilan!

insyaAllah..kemenangan Islam semakin hampir.

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
(58:22)

Takbir!

Allahu Akbar.

Fikir dan Zikir

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...