Pages

Sunday, June 10, 2012

Nak Masuk? Bayar Dulu..


disini mampu bayar..disana?
‎Suatu hari, Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia 
ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya.

“Wahai orang tua, bayarlah dahulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. 

Lelaki tadi terkejut dan berkata, 
“Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. 
Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham pun menjawab, 
“Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit, tetapi aku terfikir jika tempat sejijik  
ini pun harus dibayar untuk dimasuki, 
bagaimana pula dengan syurga Allah? 
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?”

...

Allahu akbar..

muhasabah dirimu duhai hamba..

sudah cukupkah 'bayaran' yang kita sediakan untuk masuk ke syurgaNya?

Takutkan neraka
menyebabkan kita tidak malu meminta syurga
tapi mengapakah kita tidak malu berbuat dosa?

astaghfirullah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...