Pages

Saturday, December 3, 2011

Novel Tarbiah:Hero



Hero..Lebih daripada sekadar pembanteras jenayah!

Subhanallah..melihat tajuk buku ini saja ,sudah cukup mengujakan apatah lagi pabila membacanya.

Ramai orang sudah lama baca novel tarbiah ini,tapi saya baru berpeluang membacanya sekarang..
tapi tak kisahlah.. it's better than never (bak kata orang kampung saya la..)

Macam mana boleh minat membaca novel yang bergenre aksi macam nie?

Yela kan,selalunya jarang orang perempuan macam saya ini minat untuk baca novel seperti itu..
Tapi,satu yang saya fikir..kalau sebelum ini,saya pernah baca novel  Matahari,Terasing,Sinergi & cerpen-cerpen Hilal Asyraf yang lain..mengapa tidak novel HERO ini ?

Saya yakin,pasti ada nilai-nilai tarbiah yang ingin diserapkan melalui novel HERO itu & pastinya penyampaiannya lebih menarik sebab mengenengahkan elemen 'superhero' yang pastinya berbeza daripada superhero yang digilai kanak-kanak kini.

Pada mulanya,saya kurang yakin juga untuk dapat menghabiskan pembacaan novel ini sebab dalam m/s 4 novel ini saya dah jumpa cerita tentang 'aksi'...adanya kehadiran Syaitan Bertopeng..(nie yang kurang berkenan nie)

Tapi atas tekad nak baca jugak..hasilnya saya semakin bersemangat untuk menghabiskan pembacaan sebab saya sangat tertarik dengan watak-watak yang diketengahkan dalam novel ini.

Antaranya ialah watak hero iaitu Amir Faheem & Afeefah Husna.

***
Melihat kepada watak Afam,banyak pengajaran yang saya dapat:
Hakikatnya,ramai manusia seperti Afam masa kini (sentiasa bertarung antara benar/salah) cumanya tiada orang yang membentuk mereka untuk kembali kepada jalan yang benar.

Melihat pada watak Husna..membuatkan saya banyak berfikir...mampukah aku menjadi seperti Husna nanti??
Seorang isteri yang ikhlas cintanya, & tidak putus asa untuk menarik suaminya ke jalan yang benar.

"kalau benar cinta,mesti hendak bersama ke syurga"

Ada satu part tu,pada hari lahir Afam..Husna ada mengirim mesej buat suaminya:

"kepada suamiku,Amir Faheem bin Amir Muiz .Selamat hari lahir.Semoga Allah mengangkat semua masalah awak,mempermudahkan semua urusan awak,dan menggolongkan awak dalam kalangan yang diredhaiNya. Amin.Daripada isterimu.Husna."

Saya pun turut mengalirkan air mata...sangat terkesan..seolah-olah berada pada tempat itu..seolah-olah sayalah Afam.

Tidak terhenti pada itu saja keistimewaan novel ini..apa yang saya perasaan..penulis juga ada memasukkan nama-nama insan yang hampir padanya  semasa di MATRI..rasanya ramai tapi saya hanya perasan 2 nama yang saya kenal secara tidak sengaja.
iaitu:
~Ustaz Dahlan Mohd Zain 
~Muhaimin Misran

Ada satu part tu,semasa Afam bersembang dengan Husna :

"Ha,tumpukan perhatian.Penyanyi kegemaran saya ini," Husna berbisik.
"Siapa?" Afam berkerut dahi.
"Muhaimin Misran.Dia ini penyanyi nasyid Inggeris,yang tidak gunakan instrumen muzik......"

(moga suatu hari nanti..semua ini menjadi kenyataan..aamiin..)~suka baca karya Ameen Misran jugak.

Tak habis di situ saja,ada lagi yang menarik tentang novel ini.
Sejujurnya,saya belum membaca semua novel Hilal Asyraf ,tapi apa yang saya perasan dalam novel Hero ini, kebanyakan watak-watak dalam novel-novel atau cerpen Hilal yang sebelum ini,muncul kembali dalam novel ini...Ini yang membuatkan kaitan jalan ceritanya sangat menarik.

Watak seperti :
~Saifullah,Tengku Saifullah,Tengku Amiri,Irfan Hakimi,Rasyid Zakwan dll
~Tengku Atikah,Sara Nasuha,Sara Afifah dll

Sebenarnya,banyak lagi yang menarik tentang novel ini..paling menarik,
kewujudan kota raya Angsana yang mempunyai nilai-nilai Islam yang syumul yang semestinya menjadi impian & harapan umat Islam kini..
(Ya Allah...semoga semua ini juga bakal terjadi di negaraku ini kelak..aamiin.)

Sebagai akhirnya,dapatlah disimpulkan bahawa Hero yang saudara Hilal ingin tonjolkan disini adalah :

Hero bukanlah artis,Hero adalah penyelamat..mengorbankan diri untuk keamanan masyarakat.

Hero adalah mereka yang berusaha menyebarkan Islam, menyelamatkan manusia daripada kegelapan & membawa manusia kepada cahaya kebenaran.

Mari mencari makna kehidupan dengan mula merapati Tuhan!!

*****
Tahniah!
With my little Hero,Amir Faheem~credit to Hilal

2 comments:

Anonymous said...

saya nk pinjam novel 2..:)

Nur Hayatul Akmal said...

to Akashah:

insyaAllah..blh2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...