Pages

Friday, December 9, 2011

Fikah Perubatan:Tangkal Azimat



Sabda Rasulullah : "Sesungguhnya jampi-jampi dengan nama berhala & syaitan,azimat dan 
'tiwalah' (azimat pengasih) adalah suatu perbuatan orang musyrik."
[Riwayat Ibnu Majah]

Rasulullah s.a.w melihat lelaki yang ada ikatan di tangannya lalu nabi bertanya,: "Gelang apakah ini ?" Lelaki itu menjawab,"Saya jadikannya sebagai pelindung daripada penyakit lemah badan" Lalu Rasulullah bersabda, "Tanggalkanlah ia kerana tangkal itu hanya membuatmu bertambah lemah".
[Riwayat Ibnu Majah]

Jadi,berdasarkan riwayat di atas,telah jelas menunjukkan penggunaan tangkal ataupun azimat tidak mendatangkan manfaat atau menjauhkan mudarat kepada pemakainya bahkan ia menjauhkan manfaat dan mendekatkan mudarat.

Ini kerana mendekatkan manfaat ataupun menjauhkan mudarat dapat diperoleh dengan merujuk terus kepada Allah.

"..Cukuplah Allah bagiku.KepadaNyalah orang-orang yang bertawakal berserah diri"
[39:38]

***
Namun,timbul pula persoalan.."Bagaimana hukumnya dengan tangkal yang dijampi ayat Al-Quran dan zikir-zikir kepada Allah?"
JAWAPAN:

Semua jenis tangkal adalah haram.
sebab>>> 
1)Ijmak Ulama' : Pengharaman menggunakan tangkal yang mengandungi unsur syirik.
2)Dalil-dalil umum pengharaman penggunaan tangkal : Tangkal yang mengandungi ayat Al-Quran juga haram.

Nabi Muhammad tidak membezakan sama ada tangkal itu dijampi dengan apa.Sebaik sahaja nabi mengetahui orang itu menggunakan tangkal,nabi terus melarangnya.Bahkan menghukumnya sebagai perbuatan syirik.

Oleh itu,pendapat yang selamat adalah tidak menggunakan tangkal sekalipun ia dijampi dengan ayat Al-Quran,zikir mahupun doa.
Pengharamannya bertujuan:
  • Menutup pintu pergantungan hati kepada selain Allah.
  • Menutup pintu penghinaan kepada Al-Quran.
  • Menutup pintu pergantungan kepada tangkal-tangkal yang syirik.
Jadi,kita tidak perlu menggantung tangkal dengan tujuan rawatan kerana ia sebenarnya adalah penyakit bukannya ubat !

Moga kita lebih berhati-hati dalam berubat, Ingat! matlamat tidak menghalalkan cara..

"Abi al-Zubair melaporkan daripada Jabir yang Rasulullah berpesan, sesungguhnya untuk setiap penyakit itu ada ubat.Apabila ubat itu serasi dengan penyakit,ia akan sembuh dengan izin Allah "
[Riwayat Muslim]


rujukan: Fikah Perubatan terbitan PTS Millennia

p/s: Apabila aku sakit,Dia yang menyembuhkan penyakitku [as-Syuara':80]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...