Saturday, September 10, 2011

Buatmu Muslimah


Duhai wanita muslimah, usahlah menghukum diri kamu jika kaum Adam terjatuh hati pada kamu kerana agama yang ada padamu... kerana cinta yang hadir dalam diri mereka itu bukan kamu yang berikan...

Ingat, jangan kamu hukum diri hanya kerna menganggap kamu gagal menjaga dirimu..!

Sedarlah, semakin mantap imanmu, semakin besar ujian yang Allah akan berikan...Ayat al-Quran turut menjelaskan bahawa ujian setanding dengan kemampuan seseorang.(2:286) Kemampuan itu jelas bererti ilmu dan iman yang ada.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sungguh besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya dugaan; dan sungguh Allah s.w.t apabila mencintai suatu kaum, diujiNya mereka dgn dugaan. Untuk itu, barangsiapa yg redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yg marah maka baginya kemarahan dari Allah. (HR Tarmidzi)

Kerap kali wanita muslimah menyalah-nyalahkan diri bila ada kaum Adam yang menyatakan perasaan ataupun menunjukkan minat pada dirinya..lantas terlahir di bibirnya:
"Ya Allah, aku sudah menjadi fitnah buat diri mereka...!" lalu dihukum dirinya...

Sebaliknya, perkasakan dirimu dengan tarbiah dan amal soleh.. berlagak biasa sahaja dengan mereka dan jaga tingkah lakumu agar mereka tidak terpesona dengan suaramu yang manja atau kerenahmu yang keanak-anakan dan mempersonakan... jika boleh, bertegaslah dengan dirimu sendiri.

***


Muslimahku..

Jika kau juga mencintai seseorang,
maka ingatlah pada Yang Maha Mnciptakan kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menggenggam hati kekasihmu
ingatlah pada Yang Maha Menguasai kekasihmu
dan ingatlah Yang Maha Menanamkan rasa CINTA dalam hatimu itu
Dia adalah ALLAH SWT...


Mencintai seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andainya Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki, atau Allah akan mengganti dengan yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu..kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi memiliki itu kerana mencintai.

Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita..

Jika RINDU ini bertatah, aku HARAP biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik RESAH kepadaMu, aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui, Ya Allah..damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah KASIH mengikat diri. Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati BUKAN pada fikiranku tapi pada redhaMu..aku RINDU padaMu

Ya Allah
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah..leraikanlah dunia yang hinggap dlm hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu,ALLAH yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki.

amin ya Allah.

3 comments:

iQaH @ $yA said...

Akmal, terharu lah setiap kata2 di atas..Akmal dapat kat mane semua ayat ni..reka sendiri yer...
seronoknya membaca...=))

:: Mujaheedah Goten :: said...

terbaik. meresap segenap jiwa. tertutup rongga resah. jazakillah. :)

Anna Husna said...

to sya:
bukan sepenuhnya ayat sendiri...ada jugak campur2 ayt2 yg terjumpak di fb..utk menenangkan diri & pkgsian buat semua ^_^

to mujaheedah Goten:
mmg meresap..utk ISLAH diri demi mendamba cinta rabbi=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...