Saturday, September 24, 2011

Seharum Mawar Berduri


Assalamualaikum w.b.t
lama juga rasanya tidak menulis disini,
kesibukan di kampus membataskan masa untuk menulis disini.

NAMUN..
Amanah sebagai pelajar sememangnya perlu ditempuhi dengan pelbagai mehnah untuk mencapai kebahagiaan diakhirnya.

Semoga mendapat ilmu yang berkat natijahnya..
amin...

Alhamdulillah..hari ini masih mendapat kesempatan untuk menulis disini untuk mengingatkan diri yang terkadang lalai tanpa sedar.

Tidak lupa juga,nukilan ini dituju khas buat muslimat-muslimat harapan ummah,generasi solehah.

Buatmu...hayatilah..

Mawar Berduri,
Harummu memikat hati sang kumbang,
Dimana adamu,pasti ada mata yang memandang tajam....

Namun,
Kau semakin kuat,
Membenteng dirimu dari menjadi mangsa sang kumbang yang durjana...

Hari-harimu penuh dugaan,
Dirimu dilanda kebencian,
Kebencian mereka yang mencemburuimu...

Namun,
Kau tetap tabah,
Melalui liku-liku kehidupan ini penuh kesabaran...

Namun,
Tanpa disangka,
Hatimu diketuk oleh sang kumbang yang budiman,
Yang membuatkan dirimu semakin kuat menghadapi kehidupan...

Hari-hari yang dilalui bagaikan berada ditaman Syurgawi,
Setiap detik dirimu dihiburkan dengan pelbagai pengajaran,
Mengingatkan dirimu kepada hari kebangkitan...

Namun,
Tanpa kau sedari,
Dirimu telah dipanah cinta,
Cinta sang kumbang yang budiman...

Tanpa dirinya,
Hidupmu bagaikan tiada erti,
Bagaikan hilangnya seri,
Bagaikan bunga yang layu tidak disirami...

Namun,
Dirimu dilanda kegelisahan,
Dirimu dilanda kebingungan,
Antara cinta penciptamu atau cinta si dia...

Lantas,
Kau memohon petunjuk,
Kepada yang Maha Kuasa,
Yang menemanimu saat suka dan duka...

Akhirnya,
Kau pasrah kepada ilahi,
Kerana apa?
Kerana semua ini hanyalah dugaan,
Dugaan dari penciptamu,
Penciptamu yang Maha Kuasa,
Untuk menguji keikhlasan cinta,
Cintamu kepadanya yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

Aduhai Mawar Berduri,
Berkat cahaya petunjuk dari penciptamu,
Kau teruskan hidupmu tanpa sang kumbang yang budiman,
Kerana cintamu kepada penciptamu mengatasi segalanya...

Namun,
Kau tetap berdoa,
Agar dirimu ditemukan semula,
Dengan sang kumbang yang budiman,
Dengan cinta,
Cinta yang diredhai penciptamu,
Ditaman Syurgawi, yang kekal abadi.... 

~NHA~

tenang rasanya melihat kecantikan & keindahan ciptaan ilahi.

SEMOGA ALLAH REDHA.


p/s:karya ini dihasilkan semasa penulis 'bercuti panjang' sementara menunggu keputusan SPM & kini baru dikeluarkan untuk tatapan umum disini setelah membuat sedikit 'editing'...

7 comments:

iQaH @ $yA said...

saya orang pertama yang menegur kasih =))

~ohikaku~ said...

sungguh indah karya itu NHA...
~jgn setakat membaca sahaja. Amatlah rugi kalau tak dihayati dan diamalkan~

Anna Husna said...

to sya:
kalu sya nak thu,akmal bt ayt2 ni lps bca bku TAUTAN HATI suatu ketika dlu..sgt2 terkesan dgn ayt2 yg puitis dlm novel tu...tp xreti la nk buat sepuitis tu..

to ohikaku:
terima kasih sahabatku syg..betul katamu itu..smga kta istiqamah dlm kebaikan..

Afifah Khamis said...

k.long..huhu..

Anna Husna said...

to Afifah Khamis:

kenapa k.yong??

Mujaheedah Goten said...

nice. suka. segarnya puisi kak akmal. :)

Anna Husna said...

to mujaheedah Goten:

tima kasih...mohon tnjuk ajar ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...