Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,"Wahai anak kecil ,kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik ,saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu lagi, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi, tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa, maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
********
Ya Allah..sungguh mulianya anak kecil itu...malu sungguh diri ini pada anak kecil itu.
saya pinjam kata-kata sahabat saya:
"Anggaplah kanakkanak lebih mulia berbanding diri kerana mereka belum banyak melakukan d0sa berbanding kita..
Anggaplah orang tua lebih mulia kerana mereka sudah lama beribadat..
Anggaplah orang jahil lebih mulia kerana mereka membuat d0sa dalam kejahilan, sedangkan kita buat d0sa dalam mengetahui..
Anggaplah orang jahat lebih mulia kerana mugkin suatu hari nanti dia insaf dan bertaubat dan bertambah lebih dekat dengan Allah berbanding kita.."
Jangan pernah memandang rendah pada orang lain,kerana tanpa kita ketahui darjatnya disisi Allah mungkin lebih tinggi daripada kita.
mari muhasabah diri..adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mencari redha Allah..?
sama-sama kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment