Monday, July 11, 2011

Misteri Si Mata Empat



Fenomena dunia sekarang yang semakin canggih serta moden ini memaksa lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana terdedah dengan pandangan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. 

Lagi-lagi  budak-budak zaman sekarang semakin 'rajin' menelaah buku serta mencari maklumat dalam internet serta membuat tugasan menggunakan komputer untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.

 Maka tak hairanlah kalau kita melihat budak-budak sekarang lebih ramai memakai cermin mata bagi membantu penglihatan mereka yang semakin kabur berbanding budak-budak zaman dahulu.


cuba tengok adik nie..kecik-kecik dah pakai 'spectacles'.

adik aimy
Dekat sini disertakan beberapa 'jawapan jujur' oleh beberapa orang  hasil survey tentang pemakaian 'spectacles' ni :
"tak pernah pakai spek tapi kagum ngan org pakai spek ni lagi2 tang betulkan spek guna jari tolak spek ke atas sket tu. cool gilaaaaaaaaaaaaa! Smpaikan berangan nak pakai spek jugak..."~ckyn wan
"Oh sapa lah sy tanpa spek. Spek tu dah macam anggota badan sy. Biasa orang bangun tidur cari hp, rokok or check status fb, sy carik spek dulu.."~kecik
"selalu tertidur sambil pkai spek sebab suka bca buku smbil tidur..specky mmg rimas tp lasak..!!"~yat
"saya kadang-kadang je pakai cermin mata...kalau rasa nak stail sikit baru pakai...tapi serius, orang memang akan ingat saya orang lain kalau pakai cermin mata.."~zahidah
"Dulu xrabun tapi sekrang hari2 mengadap komputer mata dah rabun kena pakai cermin mata la.."~Abg Chik
Haa...tengok la macam-macam komen pasal  MISTERI SI MATA EMPAT  ni..

jadi tak nak la komen banyak-banyak lagi pasal misteri nih..cuma nak kongsi sedikit ilmu yang dapat masa tengok 'Tanyalah Ustaz' hari ahad baru-baru ni,tajuknya DOA & UBAT.

Oleh:Ustaz Sharhan Safie
"doa untuk mencerahkan penglihatan"

Cara- cara:
     
 1) Ambil sebatang carrot( jangan potong, rebus, atau masak tapi jangan lupa basuh dulu ye..)
     ustaz tu kata "jadilah rabbit sebenar"...=) 

      
Boboi namaku

2) Baca 14 kali doa di bawah ini pada carrot tu..

baca bermula dari ayat yang bergaris (surah Qaaf,ayat 22)
3)makan carrot tu.

Selain itu, ada juga cara lain yang ustaz sarankan, amalkan selawat syifa' di bawah ni.

ketika sampai pada ayat yang digariskan,baca 7 kali & sapu pada mata
satu lagi,masa laungan azan waktu dibacakan kalimah 

أشهد أن محمدا رسول الله...
lepas baca ayat tu sapu kat mata.
***
 ustaz sharhan ada berpesan, bila berdoa, janganlah terlalu mengharapkan kesembuhan,
yang penting niat ikhlas kerana Allah.
 Niatlah bahawa doa yang kita baca tu,
bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Berdoa &mengadulah  kepada Allah ,
sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita tu.
insyaAllah.

~selamat beramal~


sebagai orang yang melalui kehidupan bermata empat nie,sebenarnya mula-mula memang la tak suka,sebab rasa rimas pun ada, jealous pada orang yang bermata dua.. tapi lama-lama baru tau rupa-rupanya ada jugak kelebihan orang yang bermata empat ni.~alhamdulillah

kalau nak tahu,tanyalah kat orang bermata empat yang berdekatan dengan anda..

kalau malu tanya dia nih..

kucing pun pakai spek:)

MARI JADI ARNAB SEBENAR 


p/s:1)terima kasih kepada ex-rumetku yang baik hati (sya)^^
      2)kepada yang bermata dua tu,jagalah mata anda baik2,nanti kena join kelab bermata empat  pulak..
      3)kepada yang bermata empat tu,jom kita amalkan amalan yang baik ni.
      4)kalau nak tahu doa-doa yang lain boleh rujuk disini

2 comments:

makcik said...

ohh yg ni la yg mak aku dok ckp smalam ni..tp dia lupa doa apa,,dia cuma ckp baca selawat syifaa'..hehe..
tp kna mkn carrot la plak,,yg ni ssah skit nih..=)

Akashah Althanfunrijal said...

bgi saya pakai cermin mata nie merimaskn..kena jaga..nk main pun susah..huhu..
ermm..klau minum carrot susu ok x???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...