Hari ini mesti menjadi hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh penyokong bola pasukan TEREGGANU & KELANTAN...hmm...sebab apa??
Ya...itulah sebabnya....Pasti kecoh stadium Bukit Jalil malam ni.
Saya bukanlah salah seorang penyokong pasukan bola sepak ni,dan secara jujurnya dah lama tak minat untuk tengok mana-mana perlawanan bola sepak pun.Tapi,hanya mampu jadi pemerhati dari jauh.
Saya agak pelik jugak kenapa ada yang sanggup habiskan masa kat stadium mahupun depan tv semata-mata nak tonton perlawanan kegemaran mereka.Bukan itu saja,ada jugak yang sampai bergaduh bila tak puas hati dengan keputusan pengadil & macam-macam lagi la...
(anda yang minat bola mesti tahu apa maksud saya kan??)
Bagi saya,tak salah la nak minat bola ke apa ke,tapi jangan lupa kewajipan kita sebagai seorang muslim,Hak ALLAH perlu diutamakan,jangan sebab bola...senget tiang agama(solat kan tiang agama)
Cer contohi mereka nie...
Lagi satu,ada jugak yang sanggup berhabis duit semata-mata nak dapatkan tiket perlawanan tu.Sekali lagi saya nak tekankan,tak salah itu semua tapi pastikan yang utama diutamakan.Mungkin hal ni tak berlaku kepada kita,tapi kepada orang lain.Semata-mata nak beli tiket,sampai tinggal anak bini kat rumah kelaparan.
Semoga anda yang membaca tidak tergolong dalam orang macam ni..:-)
"Polis Terengganu menasihatkan semua peminat bola sepak yang berkonvoi untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.." (sinar harian)
Dari awal lagi pelbagai langkah-langkah keselamatan diambil bagi memastikan perkara yang tak diingini terjadi.Sebab apa??..sebab kejadian seperti ni dah biasa terjadi.Jadi jangan ulangi kesilapan yang sama,nak tengok bola..tengok la, akhlak,tingkah laku kena la jaga.InsyaAllah,bila jaga tingkah laku,semua jadi selamat,tiada kekecohan.Jadi semua orang rasa bahagia je semasa nak menonton perlawanan bola tu.
[penyu lepok celoh batu,kijang reboh kene peteh,juara sbtu ning milik penyu,kijang kaloh kene sembeleh.. !!peteh ganu peteh!!]
Nie bukan ayat saya,tapi ayat peminat fanatik terengganu~
Teruskan minat dengan bola tu,tapi jangan sampai fanatik sangat ye....jangan sampai gaduh-gaduh atau kata-mengata pulak..~wujudkan persefahaman,kebersamaan untuk bina kekuatan..
maaf la penyokong kelantan,tak jumpa pulak gambar pemain kelantan:-)
"Baik Terengganu mahupun Kelantan, kedua-dua tidak mahu kecewa lagi dan mempunyai alasan yang tersendiri untuk menjulang piala pada edisi kali ini. Namun penentuan sebenar hanya berkisar oleh perwatakan sang juara 22 pemain,yang akan berentap sepanjang 90 minit atau mungkin juga berlarutan sehingga masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.."(sinar harian)
Akhir kata,ambil pengajaran yang baik-baik disebalik sukan bola sepak ni,teamwork,leadership,discipline dll...
Perbetulkan niat...semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment