Monday, June 13, 2011

KCB..bicara tentang Endometriosis~






Mungkin ramai yang dah tengok part dalam citer nih terutamanya my sweet housemate Syafiqah Ahmad Nurani..:)
Jadi tak perlulah nak cakap banyak-banyak...tengok je kat youtube(tube kamu)..

Ok...back to main topic...
Sekarang nih nak cakap tentang 'Endometriosis'
Mesti ada yang pelik, tunjuk video kcb tapi cakap pasal Endometriosis pulak...
Hmm...sebenarnya ada kena mengena dengan part dalam video diatas..cuba tengok sampai habis.

Kalau diperhatikan betul-betul,ada satu babak lepas solat,berlaku perbualan antara Azam & adiknya Husna.
Lebih kurang macam nie la perbualan mereka:
"Mas....mbak Ana saat ini  dalam keadaan yang paling sensitif.." "Mengapa demikian Husna..?"
"Penyakit Endometriosis yang dideritainya telah menimbulkan sikap curiga & putus asa.."

Sebenarnya apa Endometriosis  itu ya??
Betul ke, disebabkan Endometriosis,rumah tangga Azam & Ana jadi berantakan sedemikian rupa..

cewah..bahasa ^^

 Endometriosis  nie sebenarnya  salah satu penyakit yang melibatkan sistem reproductive kaum hawa.
Penyakit ini terjadi apabila adanya pertumbuhan endometrial tissue diluar rahim(uterus).Kehadiran endometrial tissue ni boleh menyebabkan inflammation,pain,scarring & infertility.

Antara sindrom-sindrom penyakit ni termasuklah premenstrual pain or severe menstrual pain.. senang cakap sama macam PMS(Premenstrual Syndrome).Jadi, masalah perubahan mood seperti sensitif,curiga,putus asa,cemburu dll memang jelas la pada diri kaum hawa yang mengidap penyakit nie. 

Dan itulah yang terjadi kepada Ana dalam cerita ni...tapi bukan sebab penyakit ni je..ada lagi sebab lain yang kita tak perasan..,Semua orang akan ada masalah ni,walaupun tak mengidap penyakit Endometriosis.
Kalau nak tau sebab apa,kenalah tengok citer nie sampai habis.

Ana
Azzam

Ayatul Husna
Ni la antara watak-watak dalam citer ni yang 'sangat bagus' perwatakannya..Kesabaran,bijak dalam membuat keputusan,ikhlas dll lagi sifat-sifat mahmudah yang dapat dicontohi melalui watak-watak diatas.

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari citer ni...jangan sekadar tengok untuk suka-suka or melepaskan tension.Ambil sebanyak mungkin iktibar dari citer ni.
"Yang baik jadikan ikutan,yang buruk jangan diturutkan.."

semoga Allah redha.


2 comments:

Sitisifir10 said...

Salam perkenalan... nak cari kcb di tube awak juga :))

Cahaya said...

salam perkenalan Sitisifir10(^_^)

teringat cerita ALONG:)

JOM cri KCB kt tube kamu/awak !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...