Thursday, June 23, 2011

No More Excuses!



"Aku bukan tak nak ikut usrah dengan kau,tapi...aku  SIBUK.
Banyak assignment & tutor yang tak siap lagi nie..."
"Maaf ya ukhti, ana rasa ana tak dapat lagi nak bagi komitmen dengan tarbiyah...
sebab prestasi pelajaran ana teruk!!!..."
"Ishh...aku  tak dak masa la, lusa exam...banyak lagi tak habis baca ni..
hang pergi la ke surau tu dengan kawan-kawan lain.."

Hmm...1001 macam alasan yang sering diberi apabila seseorang itu diajak untuk ke program dakwah & tarbiyah.

Alasan yang diberikan kedengarannya agak releven  tetapi  tidak rasional bagi mereka yang mempunyai akal yang waras  untuk berfikir.

Mengapa??

Untuk urusan keislaman,rugi terasa meluangkan masa.
Cuba kalau kawan-kawan ajak main game atau tengok movie & anime, sukar sekali untuk ditolak walaupun esok pagi ada test kan??

Nampak benor menipunye.
nampak benor menipunye!!
Untuk hal-hal keduniaan & hal-hal yang disukai hawa nafsu, tidak pernah ada masalah atau alasan yang diberikan. Hanya urusan yang berunsur keislaman yang selalu menjadi masalah. Sebab apa??

Sebab syaitan telah berjaya memainkan peranannya...

"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui."[Al-Baqarah, 2:268]

Benarlah kata-kata seorang sahabat;
"Manusia ni, kalau tidak disibukkan dengan urusan dakwah,mereka tetap akan sibuk dengan urusan keduniaan.."

Kita kena ingat setiap apa yang kita lakukan sekarang akan disoal kelak,bagi la banyak mana sekalipun alasan sekarang, SIMPANLAH alasan tu elok-elok.
Kata Ustaz Zikro:
"Simpalah alasan-alasan kamu itu dalam pendrive baik-baik. Nanti depan Allah SWT di akhirat, keluarkan, semoga Allah menerima alasanmu itu."
Ya...saat hari perhitungan kelak,Allah akan mendedahkan semua alasan-alasan kita.
Kata Hilal Asyraf :
"Di dalam sehari, Allah berikan kita 24 jam dan bukan lebih. Maka, kalau 24 jam itu diisi dengan kebaikan, tidak akan ada kejahatan yang boleh menyelit. Masa tidak akan menjadi 25 jam untuk kita. Justeru, 24 jam yang ada, isilah dengan kebaikan, agar kejahatan tidak punya kesempatan melakukan pengisian dalam kehidupan kita.."

Oleh itu,marilah kita rancang kehidupan kita ini,agar mempunyai kelapangan untuk perkara-perkara kebaikan & berfaedah.Jadikan ilmu & majlis ilmu sebagai keutamaan dalam jadual kehidupan kita.

Semoga Allah melapangkan kehidupan kita semua..

"JAUHI  ALASAN,HINDARI KEMALASAN, SAMA-SAMA KITA BERPESAN"


p/s:mendapat inspirasi dari karya ustaz umair.Peringatan buat rakan-rakan &diri penulis terutamanya.

3 comments:

Ibnu Bakri said...

syukran,,peringatan yang baik bg stiap diri

muhammad akashah said...

KCB-Ketika Cinta Berusrah

Cahaya said...

ibnu Bakri:peringatan buat penulis terutamanya..kdg2 terlalai..

muhammad akashah: knpa ttba sebut sal KCB??...shukran..idea bru dh dtg ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...