Ya...Kalau KCB (ketika cinta bertasbih ) dibintangi oleh watak seperti Anna & Azzam,
KCB ini lain sebab kitalah yang akan menjadi watak utamanya...
Percaya tak?
Kalau tak percaya tak apa.. ayuh,kita tengok dulu!!
APA ITU USRAH?
Seperti yang ramai sedia maklum,usrah bererti keluarga. Ia juga membawa maksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH S.W.T.
USRAH bukanlah semata-mata majlis ilmu bahkan merupakan satu proses pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu & berkeperibadian mulia disamping memiliki daya kepimpinan yang tinggi.
Ayuh kita lihat dahulu rukun-rukun usrah:
1) At-Ta'aruf -berkenal-kenalan
2) At-Tafahum -bersefahaman
3) At-Takaful -bantu membantu
Bukan itu sahaja, malah pelaksanaan usrah ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat seperti berikut:
sifat-sifat individu muslim |
Mungkin ada yang kata apa bagusnya pergi usrah,lebih baik pergi ceramah...
Hmm..sebenarnya kedua-duanya bagus,kalau pergi dua-dua lagi bagus.
"Aduh,kalau teman pergi dua-dua tumpo teman (org Perak kata ) ataupun pengsan saya (orang Johor kata)
Jadi nak pergi yang mana ye?.."
"sebenarnya kalau pergi usrah,banyak benda yang akan kita dapat,bukan setakat dengar tapi kita pun boleh bagi pendapat & berkongsi ilmu sesama rakan-rakan usrah.Kalau pergi ceramah, confirm kita pergi dengar je,ntah-ntah bukan kita dengar tapi kita tidur.."
"..tapi bukanlah nak kata ceramah tak bagus,yang nak tekankan kat sini pasal pentingnya usrah...banyak benda kita boleh dapat dalam usrah,kalau tak percaya jugak cuba tengok usop & man nie:)
Macam mana??
dah nampak kepentingan usrah? dah nampak bagaimana cinta berusrah?
kalau belum nampak,cuba la masuk usrah/halaqoh dulu,kenal dulu baru tahu.
macam orang kata,bukan saya yang kata.."tak kenal maka tak cinta"
marilah wujudkan suasana kasih sayang dalam kehidupan kita,dalam usaha menikmati kebahagiaan & ketenangan jiwa untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Kita yang akan memegang watak sebagai murabbi & mutarabbi.
ayuh kita belajar & terus belajar
~mencari ilmu tanpa jemu-jemu~
"Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.." [al-'Asr : 1-3]
insyaAllah.
5 comments:
sejak habis skolah da lama x join usrah..rindu btul klau igt time dolu2.huhu..
t akmal buat la usrah kat mestech pastu ajak la aku..hehe..=)
insyaAllah...
sebenarnya dah buat usrah tp under islah jd hanya ahli2 islah yg join.
bru bmula sem2 lps,msih baru...
insyaAllah yg bukan ahli islah pn boleh join..nti zaim boleh la join ye :)
mantap2x..smoga thabat dlm perjuangan..dan istaqamah dgn usrah..(^_^)
insyaAllah...jazakallahu khairan kathiran.
teruskan perjuangan..8')
Post a Comment