Tuesday, June 28, 2011

Nikah Kampus


 

"siang malam baca harakah, baca dengan penuh bersahaja;awat tiba-tiba sembang bab menikah, mcm ada apa-apa ja.." ~sahabat

***
tiba-tiba teringat mesej yang diterima tempoh hari...
013-4XXXXXX: nie saje je tnye tau,em..kalo kamu dirisik orang time ni,kamu bersedia tak terima?
gulp...(hanya mampu menelan air liur)..lepas tu ada lagi mesej masuk <
013-4XXXXXX: kamu boleh terima tak kalo bile da kawin, pelajaran pun boleh naik ?
masuk kali nie ntah dah berapa kali terima mesej seperti itu. Dari orang yang sama pulak tu.

kadang-kadang tergelak sendiri,rasa macam pakar kaunseling  pun ada.
sedangkan hakikatnya teman pun tak ada pengalaman  lagi hal-hal macam ni.

hmm..bila dipikirkan balik,xpelah..bantu la mana yang patut,nanti bila sampai giliran sendiri  tak la kalut sangat.
BETUL TAK??

Bila nak bercakap hal-hal yang kita tak ada pengalaman nie,kita kenalah rujuk orang-orang yang berpengalaman dulu..tak boleh memandai-mandai.

Jadi,nak dipendekkan cerita pergi la dapatkan nasihat insan yang pernah melalui 'nikah kampus' nie.
dan inilah jawapannya:
Kata Akh Umair & zaujahnya: "Soalan itu, hanya si penyoal yang mampu menjawabnya. Persediaan daripada dalam diri sendiri perlu ada. Niat , ilmu tentang pernikahan serta persiapan mental serta fizikal untuk menghadapinya, perlu cukup-cukup bersedia. Ia bukan semudah yang difikirkan. Ana sendiri, walaupun merasakan diri cukup bersedia, ternyata masih banyak yang perlu diperbaiki. Jangan hanya kerana kita sudah dikhitbah, maka kita merasakan kita perlu menikah segera. Menyegerakan pernikahan itu perlu, tetapi jangan tergesa-gesa. Bacalah artikel-artikel di saifulislam.com mengenai pernikahan. Insya-Allah banyak manfaatnya..."
ada lagi pesanannya.. 
"Nikah semasa belajar ada baik buruknya. Persiapan menghadapinya membuatkan kita mampu melangkah dengan lebih kuat, namun ketidaksiapan menyebabkan langkah terhambat.

Sentiasa teringat perkara biasa, namun kesannya cuma dua: menyebabkan kita resah gelisah mengelamun atau akan membuatkan kita semakin bersungguh-sungguh.
Perbanyakkan bacaan, dalami ilmu dan dekatkan diri dengan Allah berterusan.."
kalau nak tau lagi hal-hal yang berkaitan boleh rujuk sini 

berkaitan mesej kedua yang pasal 'pelajaran' ,Ayuh kita dengar pendapat insan yang berpengalaman.

Mungkin ada cakap-cakap orang yang mengatakan kalau sibuk kahwin, maka akademik akan terjejas. Sebenarnya tanggapan ini adalah SILAP sama sekali.
Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita serius tentang perkahwinan dan akademik. Ada je ramai rakan-rakan kita yang belajar, tak kahwin pun, tapi tak cemerlang pun. Kenapa? Puncanya, diri sendiri juga.
Jom kita lihat salah satu kajian kes (study case) sebenar daripada ratusan kajian kes di luar sana berkenaan kesan kahwin awal terhadap akademik:






" Saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman sebenar saya. Untuk pengetahuan anda, keputusan akademik saya hanyalah sekitar 3.0 hingga 3.3 sahaja, dan tak lebih daripada itu. Al-maklumlah, menjalankan perniagaan ketika belajar, memang sedikit menjejaskan akademik saya.
Namun, berkat kesungguhan menanam niat memiliki seorang gadis idaman setelah menemuinya hanya dalam 6 bulan berkenalan, segalanya berjalan lancar.
Saya belajar seperti biasa, namun apa yang mengejutkan saya, keputusan akademik saya tiba-tiba melonjak kepada GPA 3.5, iaitu keputusan terbaik saya di kampus utama IPTA.
Yang lebih menggembirakan, isteri saya turut mendapat Anugerah Dekan (Dean's List) iaitu 3.6 ke atas.
Ini menunjukkan bahawa kita tak perlu takut tanpa sebab. Dengan akademik bagus ini, saya percaya semuanya datang dari keberkatan Ilahi yang merahmati mereka-mereka yang ingin kahwin muda dan menjauhi maksiat.
Saya juga mendapat khabar, ramai rakan-rakan saya mendapat keputusan akademik menakjubkan sejak kahwin walaupun ketika belajar.."  >Ahmad Mawardi & isteri,tanggal 22 Januari 2010<

Hmm..dah puas hati ?

BELUM LAGI??
kalau belum puas hati cuba faham nie betul-betul:

Nabi bersabda:“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi”
(Riwayat Termidzi dan Ahmad) 

Nabi S.A.W. bersabda:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)



“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :
1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur: 32)

Pesan Ustaz Hasrizal: 
"Dalam soal perkahwinan nie Jangan tergesa-gesa & Jangan bertangguh-tangguh.."
semoga kita semua dapat mengambil ibrahnya.

kepada yang berkenaan,semoga dipermudahkan urusan.

semoga Allah redha.


p/s:penulis bukanlah orang yang 'ahli' untuk berbicara soal ini,cuma ingin berkongsi sedikit nasihat & pandangan insan-insan yang berpengalaman :)

4 comments:

makcik said...

emm betul jugak kan..
dari dok bercouple ke hulu ke hilir sesama tanpa ikatan baik kahwin aja..dapat elakkan fitnah dan maksiat..
tapi kalau dah rasa diri tak bersedia nak pikul tanggungjawab dan tak dpt bahagikan masa tak payah la sibuk-sibuk nak cari pasangan lagi time belajar..hehe..
sekadar pandangan..=)

Anna said...

to makcik:
betul tu..~banyak pengalaman makcik nie^^
kongsi2 la ye =)

miss arisa said...

may Allah bless ^^

Anonymous said...

t kalau ap2 jgn lupa jemput ye akmal..hehe.. :)

~619~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...