Pages

Sunday, December 21, 2014

SBS (Step by Step)


Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah.

Hingga saat ini, masih diberi ruang bernafas di dunia ini.

Sungguh pantas masa berlalu...
Pejam celik,pejam celik dah hampir penghujung tahun 2014.

Ini bermakna hampir 4 tahun blog ni wujud. (clap your hand)

Blog ni pun seperti hidup segan mati tak mahu.
Tapi tak kisah sangat la,sebab bukan ada orang nak baca pun >.<

InsyaAllah,ini 'post' terakhir untuk tahun ini.
Panjang umur jumpa lagi tahun 2015.

Nampak tak gambar mula-mula tadi?

Itu 'roomate' masa di kmpp.
Dah ber'title' puan sekarang...cepat betul meninggalkan kita, tahniah Yana!

Sebenarnya...
ada beberapa perkara dirancang untuk dicapai pada tahun 2014 ini.
Namun, ada takdir lain yang telah ditetapkan olehNya.

Take it easy.

Focus on your target    
Sets a timeline
Optimistic with your decision

Hidup ini banyak hal lain untuk difikirkan, 
jangan sebab 1 impian kita belum tercapai...
impian lain terabai.

So, dipendekkan cerita...
jumpa sesuatu yang sangat-sangat diharapkan.

PROJEK PENULISAN

Dan dari situlah cerita ini bermula.... 

tulisan cakar ayam
 
Step by step

Mulanya kurang yakin sebab belum pernah ikuti mana-mana kursus penulisan.

Setelah difikir-fikir dan bertanya kepada Dia.
Maka, diteruskan niat kecil itu.

Berbekalkan panduan dari buku tips penulisan dan beberapa petua dari penulis profesional,
maka diteruskan niat dan alhamdulillah siap jua 'cerita' itu.

Harapan yang diletakkan tidaklah terlalu tinggi sebab penulis-penulis hebat pun turut menyertai projek ini.

Takdir Allah itu kadang-kadang tidak dijangka.

Ada saja kejutanNya.

Akmal MR itu saya
Alhamdulillah.

Impian semakin tercapai.

Mohon doa sesiapa yang terbaca moga projek ini dipermudahkan hingga ke akhirnya.

Aamiin ya Rabb.

2 comments:

Anonymous said...

pengisisan yg sangat menarik , ukhti ^_^
moga segala impian ukhti akan tercapai , insyaAllah . Biiznillah :)

#CahayaKetinggianku

Ain Athirah said...

Assalamualaikum kak akmal . MasyaAllah hebatnya kak Akmal , teruskan usaha , semoga Allah berkati . Amiinn -Ain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...