Pages

Tuesday, May 7, 2013

Diari PRU 13


Bismillah...

4 hari yang genting:

2 Mei 2013
(Selinsing)
Kagum melihat semangat mak cik dan pak cik di ruang kerja masing-masing.
Umur bukan penghalang untuk mereka menyumbang sesuatu untuk  membantu kemenangan.
Sebagai anak muda, diri ini malu melihat semangat mereka yang mengalahkan orang muda.

Bekerja bersama mereka, menaikkan semangat diri untuk istiqamah membantu perjuangan ini.
Kata-kata mereka selalu menyentuh hati. T_T

"Semoga Allah terus bagi kesihatan kepada mak cik supaya dapat bantu untuk kemenangan Islam" 
[Mak Cik A]

"Mak cik tak ada banyak duit nak bagi, jadi hanya kudrat tulang empat kerat ni jela yang mampu mak cik beri selagi Allah izinkan" [Mak Cik B]

3 Mei 2013
(Simpang Empat)
Walau hujan,panas.. mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu di lapangan masing-masing.

Semua berlumba-lumba untuk menyumbangkan sesuatu walau kecil nilainya pada pandangan manusia.

"Duduklah dulu,minum air nie.Semoga dapat tenaga untuk meneruskan kerja kalian" 
[Pak Cik A]

"Allah..rasa ruginya tak dapat bagi dekat semua.." [Mak Cik C]

(Masjid Tinggi)
Anak muda pun tidak kurang semangatnya. Walau tak ramai, semangat untuk membantu tetap terus membara. Walau langit dah gelap menandakan langit bakal menangis tak lama lagi..namun, tetap mereka berusaha.

"Dah lewat dah nie, sempat ke nak buat flashmob?"
"InsyaAllah..kami akan buat pra-flashmob dulu untuk hari ni" [Anak Muda A]

Hujan turun semakin lebat, motor ditunggang semakin laju namun penuh berhati-hati sambil dalam hati tak henti-henti berdoa.

"Ya Allah, permudahkan urusanku untuk membantu agamaMu" [Anak Muda B]

4 Mei 2013
(Bagan Serai)
Semua berganding bahu untuk membantu perjuangan ini. Tak kira jauh atau dekat, semua turut berpakat untuk mencari redha dan berkat.

"Eh, datang dari Bangi ke?" [Anak Muda C]

"Yup, nak tolong kat sini"   [Anak Muda D]

Walau panas terik memancar, semangat mereka terus berkobar.

"Sini sudah...taman sana belum lagi..jom kita pergi sana pulak" [Mak Cik D]

Melihat semangat anak muda yang turut membantu, seorang Pak Cik menghulurkan sedikit duit.

"Nah,ambil nie buat minum"

"Eh,tak apalah Pak Cik..terima kasih.." [Anak Muda E]

"Tak apa, ambil je..anggap ni sebagai sedekah dari Pak Cik" [Pak Cik B]

Anak muda tu tak guna pun duit tu, tapi mereka berhajat untuk derma duit tu di surau atau masjid berhampiran. Semoga niat Pak Cik itu dapat disempurnakan.

(Masjid Tinggi)
Walau penat tak hilang lagi. Mereka sanggup datang kembali untuk meneruskan tugasan yang diberi.
Walau katil dah memanggil-manggil, sifat malas segera dikikis.

"Alhamdulillah...dapat kita berkumpul disini....bla..bla..bla.
Ingat,sama-sama kita perbetulkan niat kita kembali semata-mata kerana Allah.
Walau hanya dengan menekan papan kekunci, moga ia diterima sebagai ibadah kepadaNya.."  
[Anak Muda F]

(Semanggol)
Segala usaha telah dilakukan, namun kebergantungan kepada Allah tetap perlu dikuatkan.
Sungguh, hanya Allah sebaik-baik penolong.

"InsyaAllah...sebentar lagi kita akan menunaikan solat hajat...diharap semua jemaah sudah bersedia"  [Imam A]

5 Mei 2013
(Bukit Putus)
Pertama kali ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Berdebar tak kira..macam-macam bermain di minda.

Sampai-sampai tempat mengundi,

"Ramainya orang dah beratur..sempat ke sebelum pukul 10 nie?" 

Hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan dan dipercepatkan.

9.30 pagi
Alhamdulillah...selesai mengundi. Bergegas ke Kubu Gajah pula.

(Kubu Gajah)
  Ramainya manusia..semangat betul semuanya.
Alhamdulillah, dipertemukan dengan insan-insan yang baik akhlaknya dan sangat menyenangkan hati.   
Sungguh..pelbagai pengalaman dan ilmu yang dapat ditimba dari mereka.

  "Nanti bila dah kerja, bergeraklah ikut lapangan masing-masing" [Ustaz A]

"Kami tak kisah tak dapat duit/upah, insyaAllah, kami bantu mana yang mampu" [Anak Muda G]

"Nanti balik rumah study elok-elok, jangan lupa banyakkan berdoa" [Ustaz A]

"Memang kita berbeza parti, tapi kita tegur juga mereka, itulah akhlak yang diajar nabi" [Ustaz A]

"Kita memang tak mampu nak bagi duit untuk tambang orang yang balik dari jauh, anggaplah itu jihad kita untuk membantu kemenangan" [Pak Cik C]

    "Kita perjuangkan kebenaran demi melenyapkan kebatilan" [Pak Cik D]

Keputusan:
Parlimen Bagan Serai: BN 
Dun Selinsing: PAS
Dun Semanggol: PAS
Dun Alor Pongsu: BN  

Alhamdulillah. 

Ini adalah pilihan raya pertama bagi diri ini sebagai pengundi.
Jika Allah izinkan, moga berjumpa lagi pada PRU 14.

Mungkin jari pakai inai dulu sebelum dicalit dakwat 'kekal'
Mungkin bukan lagi seorang, mungkin berdua, bertiga, atau berempat.
 Wallahu'alam.

Jika diri tidak sempat membantu untuk 5 tahun yang akan datang 
Moga generasi selepasku atau zuriatku dapat membantu meneruskan perjuangan yang panjang ini.

InsyaAllah.
Semoga Allah redha.

Fokus untuk 'Final Exam' (9 Mei 2013) pula!
~Mohon doa semua.  
 
"Jika ditakdirkan kita tewas,
jangan berasa dukacita diatas kekalahan,
tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan.
Yang telah bekerja keras,
tidak perlu bersedih kerana itu adalah kehendak Allah."
[Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]

Setiap kali selepas Pilihan raya, sama ada PAS kalah atau menang, 
Al-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor akan berkata:

"Kita dah Menang"

Apabila ditanya mengapa beliau berkata begitu:

"Apabila kita boleh terus memperjuangkan kebenaran, 
sebenarnya kita sedang meniti kemenangan"


1 comment:

Unknown said...

Subhanallah,setiap hari berjuang.. Semoga menjadi bukti ke syurga-NYA nanti..amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...