Pages

Friday, January 11, 2013

Kata Hati


Sebelum ujian gerimis mengalir
semasa ujian bertakung dibalik tadbir
selepas ujian air mata terus mengalir.

namun,

satu harapan yang tidak pernah pudar
ingin bangun di saat semuanya luntur
ingin mara di saat semuanya mundur
ingin thabat di saat banyak yang futur
Kerana aku ingin menjadi hambaNya yang selalu bersyukur.

Keliru
aku keliru
tidak pasti arah tuju
namun tidak boleh bertindak melulu
harus ada matlamat yang jitu
supaya tidak menyesal dengan keputusanku.

oleh itu,

aku harus maju
tanpa jemu
menimba ilmu
hingga aku menemuiMu.

Sungguh,tersentap jiwa dan raga
terasa pentingnya amanah agama
untuk dijaga dan dibaja

namun,

terselit resah di dada
takut tidak bersedia
untuk menjaga dan dijaga
kerana diri kurang ilmunya.

NHA


Bukan mudah untuk mengajak orang ke arah kebaikan
cara terbaik adalah dengan mempersiapkan diri dahulu ke arah kebaikan.
Dan dalam masa yang sama teruskan mengajak kepada kebaikan
kerana engkau tidak akan pernah sempurna
dan engkau tidak tahu bila ajalmu tiba.

Semoga dengan usaha yang berdikit-dikit
lama-lama akan berjaya berbukit-bukit.

insyaAllah.

#KL112


p/s:coretan campur-campur sebab tu nada berterabur.

4 comments:

CahayaKetenangan~ said...

selamat berhimpun~
izzahkan Islam y indah~ :)

MyFreeMinded said...

Insya Allah jika niat kita tu baik, Allah akan tolong kita

syemasaid said...

mabruk ! teruskan bertinta dan istiqamah ya:)

Nur Hayatul Akmal said...

to nur~,myfreeminded,Syema':

shukran semuanya..
mohon doanya ya..

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...