"Jadi macam mana konvensyen tu?best?"
"Alhamdulillah,sangat best!
Dapat ilmu baru
Dapat revise balik ilmu yang dah tahu
Dapat jumpa rakan-rakan baru
Dapat beli buku baru.."
Dua buah buku yang terbeli ^^ |
"Dapat jumpa lebih dekat dengan insan-insan yang hebat.."
"Subhanallah,sangat ramai orang.. Sampaikan nak terserempak rakan-rakan sekampus yang pergi jugak sangat susah.."
3/4 Peserta Wanita |
1/4 Peserta Lelaki |
“Sesungguhnya Kami menciptakan wanita (bidadari-bidadari)
dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan,penuh cinta lagi
sebaya umurnya..” (Al-Waqi’ah:35-37)
Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam 2013 ini dianjurkan untuk
menyebarluaskan kefahaman berkaitan wanita dan Islam secara langsung. Kerana
suci dan hebatnya kaum Hawa yang bakal melahirkan generasi manusia hebat ,maka perhatian terhadap mereka (wanita) amat diberi tumpuan khusus.
Antara pengisian pada hari tersebut adalah:
HARI PERTAMA (19 JANUARI 2013)
Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia ,Oleh : Dr.
Zaharuddin Abd Rahman
Kedudukan Wanita di dalam Islam : Antara Liberal &
Ekstrim, Oleh Dr. Zahazan Mohamed & Dr. Mohd Sukki Othman.
Istimewa : Hijrah Bersama Oki Setiana Dewi
Rumah tangga & Kerjaya : Celik Mata & Hati ,Oleh
Prof. Dr. Muhaya Muhammad.
Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-undang Keluarga ,Oleh
Dr. Hj Mohd Naim Hj Mokhtar.
Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan Dalam Surah
An-Nur ,Oleh Dr. Sofiah Samsudin.
HARI KEDUA ( 20 JANUARI 2013)
Sesi Khas Bersama Isteri Para Asatizah MURSHID
Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender, Oleh Ustazah
Norhafizah Musa.
Serikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa , Oleh Ust. Hasrizal
Abdul Jamil.
Perkahwinan: Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya ,Oleh Ust.
Pahrol Mohd Juoi
Wanita Semasa : Sihat Diri Sihat Keluarga, Oleh Prof. Madya
Dr. Harlina Haliza Siraj.
FORUM: Monogomi & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan
& Sunnah
Panel Forum: Dr. Khairuddin Aman Razali, Kapten Hafiz Firdaus,
Ustazah Fatimah Syarha.
Nak kongsi semua isi penyampaian pada hari tu memang la tak mampu tapi tertarik hati untuk kongsi quote-quote yang menarik dari penyampaian para penceramah.
"Ladies, there's no prince charming that will save you!"
~Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj ~
"Kita boleh berkahwin atas dasar cinta tetapi cinta itu hendaklah diisi, disusuli dan dipenuhi dengan tanggungjawab!" ~ Ust Pahrol Mohd Juoi~
"Wanita yang keluar bekerja perlu meninggalkan sebahagian hatinya di rumah agar sentiasa ingat bahawa masih ada tanggungjawabnya di rumah sebagai suri rumah tangga."~ Ustazah Norhafizah Musa ~
"Orang yang lemah atau tidak berdaya ialah apabila dia merasakan kekuatan mutlak hanya milik Allah"
~Ustazah Nor Aslina Jusin~
"Go home and love your family"
~ Ust Pahrol Mohd Juoi~
"Perkataan yang baik umpama sebatang pohon yang teguh.
Ayuh berazamlah untuk menjadi sebatang pohon tauhid"
~ Ustazah Norhafizah Musa ~
"Sejauhmana kita mengulang al-Quran kita sedangkan Rasulullah mengulangkaji al-Quran bersama Jibril sejak Ramdhan 2 Hijrah sehingga baginda wafat"
~Dr Sofiah Samsudin~
"Kata Imam Hasan Al-Banna:Kalimah Alhamdulillah itu berbeza nilainya apabila diucapkan oleh orang mengikut tahap kekuatan imannya"
~Ustazah Nor Aslina Jusin~
"Orang perempuan perlu berperanan sama ada di peringkat domestik mahupun di luar. tetapi, apabila wanita keluar, keluarlah dengan ilmu, dengan kemahiran, dengan profesionalisme bukannya dengan perhiasan, fizikal dan perangai."
~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~
~Ustaz Hasrizal Abdul Jamil~
"Sesungguhnya yang terindah dalam kehidupan ini adalah ketika kita bisa memberikan sesuatu untuk orang lain"
~Oki Setiana Dewi~
Menjadi ~ Mencari
*Jadi baik
*Ikut pilihan orang yang baik
*Lakukan dengan cara yang baik
*Cinta Allah Cinta Rasul
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~
Alhamdulillah~Sebarkan cinta sebarkan bahagia
Subhanallah~Tenang berada di majlis ilmu.
Jom jumpa disini pula =)
insyaAllah!
No comments:
Post a Comment