Pages

Tuesday, January 1, 2013

Diari Cinta 2012


Bismillah

Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi..

Sedar tak sedar, tahun 2012 sudah berlabuh.

Sungguh tahun ini tidak akan dilupai
kerna banyak perkara yang dipelajari
banyak hikmah yang ditemui
banyak ujian yang menimpa diri
banyak nikmat yang disyukuri (?)

Antara perkara yang tak akan dilupai

Selain itu, banyak lagi sebenarnya..namun biarlah menjadi rahsia antara aku dan Dia.

Segala apa yang terjadi pada tahun ini,
tak akan pernah disesali.

Kerna asbab semua yang terjadi menguatkan lagi diri ini.

Biarlah semua orang tidak mengerti
biarlah semua orang tidak menyayangi
biarlah semua orang menghina dan mencaci
akan diteruskan langkah ini
sampai diri dijemput Ilahi.

Aku rindu kalam Murabbi ini:

"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam..."

(Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor)

Aku malu, tidak banyak yang aku bantu untuk perjuangan ini..
Allahu rabbi..moga aku ikhlas dan terus istiqamah di jalan ini.

Aku terinspirasi dengan kisah Uwais al-Qarni:
"Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Allahu rabbi "Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
Srikandi Zainab Al-Ghazali pula sangat memotivasi:

Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, “Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.”

Dia memperingatkan suaminya lagi, “Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

teringat kembali pertanyaan Walid hari tu,
sanggupkah kalian beri syarat begitu kepada bakal suami kalian nanti??

Aku cemburu dengan Khansa binti Amru:

“Wahai anakku, kalian telah memasuki Islam dengan rela dan ikhlas, telah ikut berhijrah dengan ikhlas pula. Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya kalian semua adalah anak dari pasangan suami istri yang berjuang dan hidup demi akidah tauhid. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, dan aku juga tidak pernah memburuk-burukkan pamanmu. Aku tidak pernah merendahkan keturunanmu. Aku tidak pernah mengubah pertalian darahmu. Kalian tentu telah faham apa yang telah disediakan Allah kepada kaum muslim, yaitu pahala yang besar. Ketahuilah bahwasanya akhirat itu jauh lebih baik.”

moga aku siap untuk menjadi ibu sepertinya.

Kisah cinta dan persaudaraan Salman Al Farisi yang menyentuh hati:

"Allahu Akbar!" ,seru Salman, " Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda' dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!"

Betapa mulia hatinya apabila merelakan wanita yang dicintainya kepada saudara sendiri.
Aku belajar dari kisah Salman ini bahawa cinta itu tak seharusnya memiliki kerana semuanya adalah pinjaman dari Allah buat kita sebagai hambaNya.

Soal jodoh. Jaminan daripada Allah perihal ini amat mententeramkan:

"Dan sesungguhnya, Dia yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan" (an-najm:45)

Aku tertanya-tanya adakah tokoh seperti Syaikhul Islam Ibn Taimiyah,Imam Nawawi ,Sayyid Qutb dan orang-orang yang tidak berkesempatan menikah itu tidak mempunyai jodoh?

Padaku, jodoh mereka pasti ada. Sekiranya bukan di dunia mereka bertemu, masih ada akhirat. Sekiranya yang fana tidak dapat menyatukan, biar yang abadi mempertemukan mereka.

Bagiku biarlah aku tidak berjodoh di dunia ini kerna masih ada pertemuan yang lebih dinanti-nantikan. Masih ada pertemuan yang penuh nikmat tanpa perpisahan, tanpa tangisan, tanpa kecewa dan tanpa kesedihan iaitu di akhirat sana.

selamat tinggal semua.

Inilah Diari Cintaku
Diari Cintamu bagaimana?

semoga Allah redha.


2 comments:

Unknown said...

Terinspirasi dengan cinta dari tokoh2 yang hebat..termasuk k.long ^_^

Jap nak tanya, nama penuh Nur ni komen ni sapa ea?

Nur Hayatul Akmal said...

to nur:

(",)

to Nurul Jannah:

Kalau tak silap akak comel kite
Nur Nadzimah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...