Pages

Wednesday, January 16, 2013

15 Januari 2013

Kek ini memang sedap!

14 Januari 2013 ~ 3 Rabi'ul Awal 1434H @ 9.00 P.M
"Bila dah lepas maghrib, masuk hari baru kan?"

"Hmm..a'ha.."

 "Happy birthday!"

"Hmm..(terkejut + blur)
terima kasih akak.."

Hanya itu terkeluar di bibir.
Serius,terharu betul..orang ingat tarikh lahir kita tapi diri sendiri tak ingat  T_T

Oh..dah berlalu angka 21 itu..(sedih)

"Weyh..tu angka jela..apa nak sedih sangat!"

Memang 21 itu hanya angka bagi kamu
tapi ianya lain bagi aku
banyak perkara yang kamu tidak tahu
apa yang aku lalu
hanya Allah yang Maha Tahu
hanya Dia tempat aku mengadu.

21 ~2012

Tahun itu banyak mengajar diri ini erti hidup yang sebenar
Kalau sebelum ini, seolah-olah telah meghargai nikmat hidup
tapi hakikatnya tidak,
banyak nikmat yang tidak aku syukuri..
astaghfirullah.

Pabila usia meningkat 21 tahun, 
baru aku lebih kenal diri
baru gagah aku berlari
mencari -cari redha Ilahi.

"sabar dan bersyukurlah akmal. at least akmal boleh rasa kasih sayangnya dari kecil hingga dia kembali kepada penciptanya. ada sesetengah orang tu tak kenal pun siapa ayahnya. ada sesetengah tu nama saja ada ayah namun kasih sayang tak pernah di rasa. bersyukurlah bersyukurlah. berusahalah jadi anak yang solehah, itulah jalan kita nak tolong ibu ayah kita dunia akhirat. ^^ akmal kuat ! yeah !" ~kdani~

Sungguh,aku bertuah dikurniakan insan yang baik-baik disekelilingku.
Mereka selalu menasihati,
aku suka,nasihatilah aku selalu..
mereka selalu mendoakan diri ini,
aku suka,kerna kita tidak tahu doa siapa yang makbul dulu..

Dr Yusuf  al-Qardhawi sering berkata:
"Semua manusia wajib menerima dan memberi taushiyah.Tidak ada orang yang terlalu rendah untuk memberi nasihat dan tidak ada orang yang terlalu tinggi untuk menerima nasihat"

Jika sebelum ini,aku on kan saja notification birthday di Facebook
tapi tidak untuk 15 Januari 2013 ini
Biarlah ianya off mulai detik ini.

Biarlah tiada siapa tahu
biarlah tiada siapa ingat
asalkan aku tahu
hidupku ini perlu selalu beringat.

Kepada sahabat-sahabat
 yang mengirim mesej di h/p mahupun di fb
ataupun yang post di wall fb
terima kasih semuanya.
Tiadalah apa yang aku pinta,
cuma doakan aku sentiasa
maafkan aku andai ada yang terluka
jika ajalku sudah tiba
kirimkan doa agar pengakhiranku diredhaiNya.

Imam Syahid Hasan Al-Banna r.a mengungkapkan bahawa umat yang dapat memilih seni kematian dan memahami bagaimana mencapai kematian yang mulia,maka Allah pasti akan memberikan kepada mereka kemuliaan hidup di dunia dan kenikmatan abadi di akhirat. (Risalah Jihad- Majmu'ah Rasail Al- Banna)

Hidup mulia atau Mati syahid

Yang mana pilihan kita?


15 Januari 2012

p/s:berpijak dibumi yang nyata..dah 22 tahun la akmal!

4 comments:

abez said...

mg berjy dunia akhirat

Unknown said...

owh,maaf..terlupa besday akmal..jnnh mmg jenis susah nk ingt tarikh2 ni.. happy belated day..sama lah kita, saja biarkan tarikh besday kat fb di hide kan..

ernahazwani said...

Sannah helwah.....:-)

Semoga Allah memberkati kehidupan kamu...salam perkenalan daripada kita

http://alongwawaerna.blogspot.com

MyFreeMinded said...

Ohhh... dah menginjak usia lah ye. Tahniah, tiada yang perlu didukacitakan, hari2 yang mendatang Insya Allah boleh dirancangkan untuk membaikpulih apa yang telah berlaku dengan harapan menjadi lebih baik dari yang telah berlalu. Moga Akmal senantiasa dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan didalam rahmat Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...