Pages

Thursday, August 16, 2012

Ihya' Ramadhan:Bagaimana Iman Kamu?




Pertanyaan ringkas daripada seorang penyampai tazkirah sebelum masuk waktu solat. 

"Sudah hari ke-27 berpuasa, bagaimana iman kamu?"

Itu soalan pertama yang ditanya. Tidak ditanya pula, "Berapa rakaat dah solat kamu sehingga hari ini?"

Ataupun, "Berapa kali dah kamu khatam Quran?"

Jadi ,bagaimana iman kita? 

semakin bertambah atau semakin berkurang atau tidak berubah (?)

Allahurabbi..='(



Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna..

Agar dapat ku lalui madrasah ini dengan sempurna.

selangkah demi selangkah,

ku berjalan sebagai graduan Ramadan..

Pelbagai mehnah ku tempuhi menuju Tarbiyah Iman.

Moga pada hari 'konvokesyen' nanti,

Ijazah Taqwa dapat ku genggam..

dan akhirnya redha Allah menjadi 'saham'.

Aamiin.

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran: dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, - sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[73:20]

Taqaballahhu minna wa minkum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...