Pages

Thursday, June 21, 2012

Tidur Lena?



ليس كل مَن لبِسَ الحَريِر أمير..
وَ لَيس كُل مَن نَآم بُدونِ سَريِر فَقيِر..
فَكم مِن جسّد تَحت الحَريِر حَقيِر ..
وَ كَم مَنْ فَقيِر دون سَريِر أمير..

Bukan semua yang memakai sutera itu putera raja...
Dan bukan semua yang tidur tanpa katil itu faqir...
Berapa ramai yang menghempas tubuhnya di atas tilam empuk itu hina...
Dan berapa ramai yang faqir tanpa katil itulah yang sebenarnya bagaikan anak raja.


Allahurabbi..

Betapa selesanya kita disini
tidur lena dijaga rapi
walau tidur diatas katil besi
namun sudah kira bertuah dan patut disyukuri.

kerana ada saudara kita yang tidur di atas batu
tidur mereka sering terganggu
dek ledakan bom bertalu-talu.

Sedih pada diri ini
hanya mampu memerhati
disebalik tirai hati yang menangis tak henti-henti.

Betapa kuatnya mereka
menghadapi ujian dari Maha Pencipta
sesungguhnya,kesyahidan mereka dijanjikan syurga.

Adakah kita mahu terus leka
tanpa mempersiapkan apa-apa
untuk bertemu denganNya di hari muka.
_NHA_

Wallahua'lam.

2 comments:

Cik Beah said...

moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak leka hendaknya.. aamiinn.. :')

Nur Hayatul Akmal said...

to Beah A.:

InsyaAllah..aamiin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...