Tuesday, June 19, 2012

..KMPP..


Ansorullah 09/10
Kami Mahukan Pemimpin yang Profesional (KMPP)

rujuk sini ->>mukmin profesional

KMPP
Kita bekerja luar dan dalam
bagi menumbangkan kezaliman
sambil melakukan pembinaan.

Proses pembinaan dan pengkaderan 
amatlah penting untuk dilaksanakan
demi membina ramai insan 
berkeperibadian pemimpin yang diharapkan.

Bukan membina ramai pengikut yang tunduk
yang hanya tahu mengikut telunjuk
dan diperhambakan oleh makhluk.

Justeru,kita mestilah bekerja terus-terusan
meneruskan kehidupan. 
kerana hidup ini adalah perjuangan 
perjuangan suci untuk mencari keadilan.

Pabila diizinkan kita mencapai kemenangan
 kemenangan itu hanyalah satu peluang untuk kita terus maju ke hadapan
kerja-kerja dakwah dan tarbiyah perlu diperhebatkan dan diteruskan
sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang atas kelalaian.

Jika kemenangan tidak dicapai semasa hayat dikandung badan
janganlah risau ,namun haruslah yakin
Allah tidak bertanyakan natijah diakhir perjuangan
namun usaha memulakan,menyambung dan menggerakkan perjuangan semasa penghidupan
adalah sesuatu yang pasti akan ditanyakan.
_NHA_

termenung jauh memikirkan masalah ummah..
merangka kerja dakwah&tarbiyah untuk mengubat ummah yang lelah..
bekerja dalam keramaian bukan sendirian..
melawan arus jahiliyyah dan kebatilan..

demi mencari  sebuah kebenaran.

Takbir!

Allahu Akbar.

4 comments:

abdullahmujib said...

kmpp rupanya.. xtau lak satu batch.. kbtln..slm ziarah

Miey Safie said...

kmpp gak..08/09

Amjad Azhar said...

Allah... Memikirkan masalah ummah rupanya... Imam Syafie dalam tidur juga, bangun pagi satu permasalah fiqg selesai. Satu sumbangan untuk ummah...

*Ana suka membincangkan masalah dan mencari solusi. Diskusi.

Anna Husna said...

to abdullahmujib & Miey Safie:

alhamdulillah..warga kmpp bertemu disini ^^

to Amjad Azhar:

itulah..sedih dgn dri sndiri.. mgkin msih byk perlu dipelajari.. insyaAllah,akan berusaha perbaiki diri..shukran ats pkongsian & cdangannya..

*ya..diskusi itu penting..namun muhasabah diri perlu dimulakan dulu spya diskusi mencapai matlamatnya..insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...