Friday, May 11, 2012

Nak jadi baik? Jom jadi baik!

Assalamualaikum..

Jom jadi baik!

Baik tu apa?..apa yang kamu tahu pasal baik??..cakap berapi!!

BAIK->>Buat Amal Ikhlas KeranaNya

>>

"Eh..nak tanya ni,macam mana nak jadi baik?.."

"Baik??...baik tu apa sebenarnya?.."

"Baik tu baiklah...heh.."

"Hurm..kamu kena define baik tu apa dulu...tak kenal maka tak cinta,kalau tak cinta maka tak dapat menjiwai.."

"Laa..keluar falsafah mana pulak nie?...hmm..ntah la..no idea.."

"Ok..bagi saya..sesiapa yang beriman dengan Allah itu BAIK..."

*end of conversation..

Jom jadi baik! ~Muhsin


sesiapa yang beriman dengan Allah itu BAIK

Apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang.
Dalam erti kata lain,kita melaksanakan amar makruf,nahi mungkar...

Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maka tak tercapailah definasi baik itu..

Firman Allah swt:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” [2:208]

situasi 1:
"Ala..walaupun tak pakai tudung..tapi janji solat cukup 5 waktu,dah baik dah tu pasal ada je orang yang pakai tudung tapi buat benda bukan-bukan.."

->>>Golongan seperti ini menganggap Islam itu sekadar cukup bersimbolkan solat..maka, jika cukup solat tetapi tidak pakai tudung,tak cukup baik lagi tu..

situasi 2,3,4:
*Pakai tudung tapi  tak solat pun tak cukup baik lagi..
*Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan,pun kira tak cukup baik lagi..
*Pakai tudung tapi pakai baju adik ,baju ketat,jarang berbayang,pun tak kira cukup baik lagi..

situasi 5,6:
*Baca al-Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut (patella) tak cukup baik lagi..
*Walau cukup solat 5 waktu sehari semalam,tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati..tu pun belum cukup baik lagi..

It's not about buat baik dulu or pakai tudung dulu..it's about masuk ke dalam Islam secara total !

Islam itu addin

Firman Allah bermaksud ;
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu juga aku redha Islam menjadi agama untuk kamu ." ( Al Maidah : 3 )

Islam itu addin yang kamil dan syamil..ia lengkap dan sempurna.Kesyumulan inilah yang merupakan sifat asli Islam yang sama kali tidak dapat dipisahkan dari Islam.
Islam mengatur semua sudut kehidupan dan perbuatan manusia.Sifat ini menjadi ciri khusus Islam sehingga menjadikannya berbeza dengan sistem- sistem atau agama- agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau sesuatu sudut tertentu sahaja di dalam kehidupan manusia.

Kesyumulan Islam merangkumi seluruh kegiatan utama dalam kehidupan manusia sehingga tiada sesuatu pun dalam kehidupan manusia yang terbiar tanpa mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Islam.

Jadi,tidak boleh practise Islam tu secara juz'ie je...mana rasa kita nak buat,kita buat...mana rasa tak nak buat,kita redah je..tak jadi tu.

Kadang-kadang kita terikut sangat dengan hukum manusia sampai lupa hukum Allah..nauzubillah.

Mujahadah & istiqamah

Apabila sudah settle dari sudut solat dan ibadat, sepatutnya secara tidak langsung sudah settle dari sudut hidup ikut syariat.

Sepatutnya, kalau sudah settle sudut aurat, secara tidak langsung je kita sepatutnya settle sudut ikhtilat..

jadi, muhasabah lah diri..kita perlu mujahadah dan istiqamah!

muhasabah diri dengan apa yang telah digaris dalam Al-Quran dan As-Sunnah:

"cukup tak untuk letak diri sebagai individu muslim yang ideal?"

cuba rujuk Muasofatul Muslim yang digaris oleh Imam Hasan Al-Banna..

"sejahterakah akidah kita? sahih ke ibadah kita?"

Kadang-kadang,bila dah baca satu dua buku pun dah rasa " 'masya Allah'...hebatnya aku..berilmu ni.."

Bila buat qiam sekali-sekala, dah rasa "masya Allah..zuhudnya aku.."

Allahu akbar..moga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini..Aamiin.

Hey..thing're easier said than done..you know?

Ya,bukan mudah nak mengikis karat-karat jahiliah agar hati tu boleh bersinar lawa macam stainless steel yang baru keluar kilang..but never say die before you try! Allah tengok usaha bukan natijahnya saja. 

"Allah does not judge you on how bad you have been in the past..but,rather on how good you strive to be now..."


*changing for good is not a crime..not a sin..


p/s: inspirasi selepas baca karya Hlovate


2 comments:

umairah safiyyah said...

Assalamualaikum ziarah sini

nak jadi baik jugak ^^

Anna Husna said...

to umairah safiyyah:

Waalaikummusalam ukhti..
mari jadi baik ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...