Pages

Tuesday, May 22, 2012

Love is Cinta



"Falling in love is not a crime!"

yes! but..

you have to manage it well!

don't let 'fitrah' become 'fitnah'.
...
Rata-rata remaja hari ini,gemar berbicara soal cinta,soal kawin dan yang sewaktu dengannya.
Perbincangan ini menjadi semakin menarik apabila ia dikuatkan dengan dalil Al-Quran dan Hadis.

Namun,tanpa disedari..perbincangan ini kadang-kadang mengundang fitnah yang semakin parah pada diri yang tidak bermujahadah.

Selalu saja,artikel berkaitan baitul muslim yang dikongsikan di laman sosial.
Tidak kurang juga video-video cinta islamik juga dimuatkan sebagai penambah perisa.

Tapi, ramai di kalangan kita yang lupa bahawa cinta itu boleh berubah menjadi fitnah jika tidak ditangani dengan hikmah.
.
"Awak dan dia memang padan.Seorang soleh,seorang lagi solehah," usik rakan disebelah kananku.
"Susah nak cari lelaki sepertinya.Kuat agama.Ramai perempuan yang sukakannya.Tidak mungkin awak tidak jatuh cinta?" uji rakan disebelah kiriku.

"Astaghfirullah! Sahabat sejati akan membantu sahabatnya menjaga hati," kata saya.
"Kenapa beristighfar? Berdosakah jatuh cinta?" kata kawan saya yang duduk disebelah kanan.
"Jatuh cinta itu fitrah.Istighfar adalah cara saya menguruskan fitrah.Ini urusan saya dengan Allah.Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di hati," ujur saya.

"Kami yang mengusik,kenapa awak pula beristighfar?"
"Itu tidak bermakna saya menganggap diri saya berdosa kerana perbuatan orang lain.Rasulullah SAW melazimi istighfar padahal Baginda tiada dosa.Ia penyegar hati. Refresh. Bukankah tabiat hati itu cepat berubah seperti makanan dalam masakan." jawab saya.

"Presiden itu jauh wawasannya.Awak pula selalu mengeluarkan idea yang melengkapkan wawasannya itu.Ehem, nampak serasi," rakan saya masih tidak berganjak daripada topik itu.
"Astaghfirullah! Bantulah saya menjaga hati," saya merayu.

"Alah,kalau awak jatuh cinta kepada presiden,apa salahnya.Ia sesuatu yang di luar kawal," kata rakan saya lagi.
"Buat apa saya biarkan hati merindui orang yang belum pasti menjadi suami saya? Mahukah saya didera air mata kecewa? Buang masa! Jika berpacaran,buang duit,dosa berbukit! Astaghfirullah..tegas saya.

'Suamiku,ku simpan cinta ini untukmu.Biarpun dirimu entah dimana,aku akan setia,' hati saya berkata.
...

nah!

inilah antara situasi yang sering terjadi kini.

diatas digambarkan situasi pada sudut yang 'positif',dimana remaja itu faham akan erti cinta yang sebenarnya.Alhamdulillah.

yang menjadi isu,situasi 'negatif' yang penulis pun sedih nak gambarkan disini.

meluah rasa cinta,sayang,rindu sesuka hati kepada makhluk bernama 'Adam' dan 'Hawa' yang bukan suami atau isterinya, yang bukan ayah atau ibunya, yang bukan abang atau kakaknya dan sewaktu dengannya.

Ya,cinta itu suci, namun manusia yang mengotori.
...
"Jika kita memilih cinta yang murah kita akan terperosok ke dalam jurang yang sangat dalam dan hina tetapi jika kita memilih cinta yang besar iaitu cinta semata kepada Allah SWT maka kita akan berada di satu kedudukan yang sangat tinggi di sisiNya…Maka, pilihlah cinta yang besar itu semoga beroleh maqam yang membolehkan kita dapat lebih taqarrub (dekat) kepada Allah." (Prof Hamka)


Ya.

ingatlah!
Kita bukan mendekati Allah kerana mahu mendapatkan pasangan.Kita mendapatkan pasangan itu kerana Allah.

Benar.
Dalam pencarian memburu definasi erti hidup dan erti diri yang sebenar, pastinya dengan berteman itu lebih banyak membantu.

untuk sama-sama mencari redhaNya.
untuk sama-sama mencari kebahagiaan di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya.
untuk sama-sama mengisi hari-hari yang bakal ditempuhi bersama di jalan lurus yang Allah berkati.

namun,peliharalah dirimu agar langkahmu kini tidak salah dan mengundang fitnah!

Ya Allah, I seek of you to grant me the best of my love,the best of his/her qualities.
Ya Allah, I seek refuge with you to protect me against all the evils within.

Aamiin.



Put your trust in Allah.

wallahua'lam.

p/s:inspirasi dari karya Fatimah Syarha

2 comments:

'Adani Sanusi said...

uhuk3.. hehe.

Nur Hayatul Akmal said...

to Nuranis Sanusi:

ada orang batuk ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...