Pages

Friday, May 25, 2012

Hadiah itu...


Bismillahirrahmanirrahim

Teringat kata-kata sir Ramzan masa study week hari tu:

"You know..here,you are not ignorable.."

ya..walau hanya sebaris kata,ia membawa makna yang besar buatku.

Teringat juga,pesanan Ustaz Aladin:

"Kita ni sebagai muslim,tidak akan pernah lepas dari ujian,bila kita tengah sibuk dengan macam-macam inilah Dia hendak uji,nak lihat sejauh mana tahap keimanan kita.."

Memang..kata-kata ustaz benar sekali.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan).."
(Al-'Ankabut:2)

Lihatlah..begitulah sikap mereka yang berada disekelilingku..itu baru sedikit yang ditunjuk, hakikatnya ramai lagi yang bersikap begitu..baik,prihatin,pemurah & sifat-sifat mahmudah yang lain.

Alhamdulillah,gembira sekali dikurniakan insan-insan seperti mereka..percakapan mereka menyenangkan dan membuatku terkesan.

itulah HADIAH buatku.

terima kasih semua 

H.A.D.I.A.H

Bagiku, setiap pemberian adalah sangat bermakna.. walau ianya sebesar zarah cuma.
Kerana pemberian itu,ikhlas dari mereka tanpa meminta balas.

Teringat waktu di sekolah rendah,waktu tiba hari lahir..pasti banyak hadiah yang diterima..
walau tidak pernah diminta,selalu saja diberi tanpa berkira.

Itulah mereka yang ku kenal,selalu saja menyenangkan.

Alhamdulillah.

ini adalah apresiasi ku untuk mereka semua.

terima kasih..semoga Allah membalas kebaikan kalian di dunia mahupun di akhirat sana.
Aamiin.

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.”
(Riwayat Thabrani)

Ini adalah pemberian-pemberian yang diterima untuk tahun 2012 (Januari - Mei)

Bookmark~ yg purple tak tahu pemberinya siapa,yg comel tu,ain bagi ^^
sempena hari lahir~ dari sya..apa didalamnya?? biarlah rahsia ^^
Pemberian RUHIS-MFI ~semoga Allah redha ^^
friendship gift sempena open day mestech~ thanks akak comel ^^
Pemberian dari 2 orang yang berbeza namun diletakkan bersama. kenapa? biarlah rahsia ^^
kad ucapan dari sahabat ^^
tudung~ hadiah sempena hari lahir dari kakak tersayang
Senyum~ bermanis muka..comelnya akif ^^

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat”
 (Riwayat Muslim)

senyuman juga adalah hadiah yang paling bermakna untukku.

akhir sekali,
hadiah yang paling berharga dari dulu,kini & selamanya

Doa yang ikhlas buat saudaranya
Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang ertinya : " Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : 'Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan' "
 (Riwayat Muslim).

semoga Allah redha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...