Pages

Saturday, May 26, 2012

Berubahlah sebelum terlambat!

Bismillahirrahmanirrahim


Ramai takut untuk melakukan langkahan yang merubah
kehidupan,
pelbagai risiko dan kesakitan diungkit,
namun kehidupan yang baik adalah disebalik pintu
perubahan,
melangkah kemudian merasai perubahan atas langkahan
yang dibangkit.

>>><<<

Selepas mendengar sahabatnya memberi perkongsian di bulatan gembira mereka itu, air mata yang sejak tadi mengalir menjadi semakin deras alirannya.

"Ana rasa sedih. Kenapalah ana dari dahulu tidak macam ni?" Afiq menutup matanya.

Iman tersenyum. "Allah itu jugalah yang tahu apa yang baik untuk hamba-hambaNya. Enta tahu, orang yang berubah dari keburukan kepada kebaikan, maka orang itu lebih dicintai oleh Allah SWT. Bukan senang hendak tinggalkan keburukan dalam diri." sambil menepuk lembut belakang Afiq.

Afiq faham dan bersetuju.Air matanya dikesat kembali..terharu.

<<<>>>

Benarlah orang kata, bukan mudah hendak menghakis karat-karat jahiliah agar hati itu boleh bersinar lawa macam stainless steel yang baru keluar kilang.

Bukan mudah juga untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Allah.

Namun,semua itu tidak mustahil jika niat ikhlas kerana Allah
dan jalan yang dipilih adalah mujahadah.

kerana

Allah akan membantu hambaNya yang susah
dan yang bersungguh-sungguh untuk berubah.

_Better late than never_

semoga Allah redha.

2 comments:

Unknown said...

insyaAllah..setiap perubahan di sertai dengan istiqamah..

Nur Hayatul Akmal said...

to Aisyah Rashid:

insyaAllah..mohon doanya ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...