Saturday, March 24, 2012

KCB:Hatiku disapa rindu..


suka tengok Oki 
Ketika Cinta Berusrah...
hatiku disapa rindu mencurah-curah..

Dalam membina individu muslim yang soleh wa musleh..
Roh,pemikiran,intelek muslim bersama diperoleh..

Mereka itu,bukan sendiri..
mereka sentiasa bersemangat dan tegar membangun diri..

Mereka itu,bukan mencari publisiti..
mereka itu muslimah sejati..
yang sentiasa mencari-cari cinta Ilahi..

Usrah itu apa ye??

Hmm.."ala..yang buat bulatan bulat-bulat tu.."

eh.."bukan la,Usrah tu  bererti keluarga. Ia juga membawa maksud satu hubungan yang wujud oleh pertalian aqidah islamiah,mempunyai kesatuan pemikiran & sama-sama sedar akan kewajipan mengamalkan ajaran islam untuk mencapai keredhaan ALLAH  S.W.T."

"usrah tu....bla..bla..bla" 

Ya..itulah..macam-macam definisi usrah yang kita selalu dengar kan2?

Tapi..hari ini Anna Husna ingin memberi definisi usrah mengikut definisinya..

USRAH

Untuk Semua Rasa Amanah Hidup..

Ya...hidup ini adalah AMANAH..

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal (ayat 27) yang bermaksud:

 “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan  hak-hak Allah SWT yang wajib kita ditunaikan.
Hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhannya.  

Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanahmenyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah,
menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.

Dengan kata lain ,semua persoalan hidup ini adalah amanah.

Usrah yang kita hadiri itu juga amanah..amanah yang diberi untuk kita:
1)At-Ta'aruf -berkenal-kenalan
2) At-Tafahum -bersefahaman
3) At-Takaful -bantu membantu

Malah...banyak lagi..kalau kita fikir-fikirkan semula..

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan sikap jujur dan bertanggunjawab serta ikhlas dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan ini.

moga Allah redha dengan usaha kita ini..

"tak kenal maka tak cinta...dah kenal maka jatuh cinta.."  ツ

sekian..coretan nota hati..si musafir ini..

Jumpa lagi di lain hari..

Wallahua'lam.

2 comments:

~ohikaku~ said...

@anna husna: tumpang tnya, apa beza usrah dan ukhuwah?? dua2 ada hubungan persaudaraan..

Anna Husna said...

to ohikaku:

usrah tu scra umum maksudnya keluarga & maksud lainnya spt yg disebut diatas..

ukhuwwh tu pulak ikatan persaudaraan.
Tautan ukhwah didirikan atas rasa keimanan kerana Allah disebabkan kepercayaan dan rasa ketundukan kita kepada Allah.Di mana rasa keimanan ialah rasa kepercayaan kepada Allah. Kepercayaan yang kuat bahawa dia wujud dan kita berkasih sayang dan marah semata-mata keranaNya.& usrah adalah antara cara utk merapatkan ukhuwah ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...