Pages

Saturday, January 21, 2012

Tomato


short film yg osem!!

"Wahai orang-orang yang beriman,makanlah diantara rezeki yang  baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah"
(2:172)

***

Imam Qurtubi mentafsirkan 'rezeki yang baik-baik' sebagai makanan yang bermanfaat daripada segala sudut.Diantara khasiat yang terdapat pada sesetengah makanan yang perlu dimanfaatkan adalah ia dapat mencegah penyakit kanser.


Statistik
  • Majalah Lancet 1999 melaporkan lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payu dara.
  • Mengikut Persatuan Kanser Amerika,setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita,setiap seorang daripada tiga orang.Daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika,satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.
Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah senjata utama bagi mencegah kanser ataupun barah.
  • Mengikut kajian oleh Institut Kanser Kebangsaan di Amerika,satu pertiga daripada penyakit kanser berpunca daripada makanan yang diambil,justeru pengawalan makanan adalah penting bagi mencegah kanser.
  • Rumusan ke atas 170 kajian yang dilakukan di 17 buah negara di dunia mendapati,mereka yang banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai risiko 50 peratus lebih rendah diserang kanser, terutamanya kanser paru-paru, usus besar, esofagus, serviks,mulut,perut, pundi kencing,pankreas dan ovari berbanding mereka yang lain.

Diantara sayur-sayuran yang mempunyai bahan antikanser adalah:


TOMATO
  • Tomato kaya dengan vitamin C,vitamin B,magnesium dan kalsium.
  • Salah satu bahan antikanser yang terdapat di dalam tomato adalah lycopene yang berfungsi mencegah kesan negatif radikal bebas(free radical) ke atas sel-sel di dalam badan,disamping mampu mencegah kanser prostat bagi lelaki dan kanser pankreas secara umumnya.
  • Bahan lycopene juga boleh didapati di dalam buah tembikai.

Seseorang yang kekurangan bahan lycopene mempunyai risiko 5 kali ganda diserang barah pankreas.
_____

Sebenarnya,banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai bahan antikanser seperti:

  • Bawang (bawang putih,bawang merah)
  • Sayur-sayuran hijau (bayam,daun salad)
  • Buah-buahan sitrus (limau,lemon,oren)
  • Sayur-sayuran jenis kubis (kubis,bunga kubis,lobak)
  • Sayur-sayur jenis kekacang dan bijirin (kacang panjang)

Namun,yang saya tekankan disini adalah Tomato sebab saya tak suka makan tomato.
Kadang-kadang je termakan bila makan tom yam.

Kalau makan tomato mentah memang alamatnya tak makan la jawabnya..(?)


Jadi,nasihat untuk diri sendiri terutamanya,makanlah Tomato kerana banyak khasiatnya.

ok..akan cuba sedaya upaya untuk suka makan tomato_

semoga bermanfaat.


***
tapi kalau tomato ni saya suka,hari-hari pun tak apa ^_^



sumber rujukan:Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...