Saturday, January 28, 2012

Kekasih Yang Di Rindu..



Pagi Sabtu yang ..speechless..

Sedang khusyuk menyiapkan assignment Mandarin sambil telinga mendengar radio IKIM fm

tiba-tiba

menitis air mataku entah kenapa(?)

Mendengar bicara  Al-Fadhil Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
tentang topik 'Bagaimana cintakan Rasulullah dalam bab harta'


cerita yang ustaz sampaikan itu amat menyenangkan hati kerana ia berkaitan dengan
Kekasih Yang Di Rindui

Mungkin terlalu rindu..maka tersentuh hatiku..

Ya..pasti semua merinduiNya kan??

Ya Habibi Ya Muhammad.. Sollu Alaika Ya Rasulullah.


Jom dengar >>Lagu<<

Mendengar lagu ini, semakin rasa rindu kepada Rasulullah tetapi apabila lihat kehidupan hari ini, rasa bersalah kepada Baginda. Baginda amat-amat menyayangi kita, terkedu hati apabila memikirkan kita tidak mencintai Baginda sebagaimana Baginda menyayangi kita. 

Ya Rasulullah, dapatkah aku menemuimu di akhirat kelak dan adakah aku tergolong dalam kalangan umatmu yang bertaqwa? 

Kekasih Yang Dirindu  <(suka lagu ini)
Nazery Johani

Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

Aku duduk sendirian merindu
Pemergian seorang kekasih
Walau lama penantianku ini
Aku yakin pasti bertemu..

Aku tahu padanya tiada mungkir
Kerna itu bukanlah sifatnya
Di akhirat kan bersua lagi
Dengan mereka yang merinduinya..

Kerna dia telah pun berjanji
Akan memberi syafaatnya nanti
Saat itu pasti kan terjadi
Pada umatnya yang bertakwa..

Telah beribu tahun sudah berlalu
Keagungannya pernah berlaku
Sejarahnya akan berulang lagi
Sebelum tibanya kehancuran

Namun yang percaya hanyalah mereka
Yang rindukan kekasih
Namun yang merindu hanyalah mereka
Yang selalu berselawat

Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
Ya Habib Salamun 'Alaik



_mari berselawat_


اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آ ل سيدنا محمد

3 comments:

Nadzimah BNadz said...

rindu.............................

Nuranis Sanusi said...

rindu jugak. rindu dgn nabi saw yang banyak korbankan diri buat kita.. :(

Anna Husna said...

to Kak Nad & Kak Dani:

subhanallah..semoga hati2 kita sentiasa rindu pd baginda..

moga kita sentiasa merasakan Rasulullah SAW itu sentiasa hidup di dalam kehidupan kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...