Pages

Saturday, January 7, 2012

Sebarkan Senyuman ^_^

Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah
[Riwayat Bukhari]

Saya hendak semua orang tersenyum.
Hari ini,manusia sukar hendak tersenyum kecuali bilamana hatinya suka atau riang.
Jadi harapnya,hari ini dapat mengembalikan senyuman mereka semua.

Saya mahu semua orang disekeliling saya terutamanya ,
tersenyum walau hati rasa perit,
dada rasa sempit,
masalah berbukit-bukit.

Kerna yakinlah,walau lambat,walau penat,hidupmu pasti berkat.
(dengan senyuman yang ikhlas)

Sebarkanlah kegembiraan kepada semua.
Kalau boleh,jangan ada yang bermuram durja sentiasa.

Suatu ketika dahulu,saya memandang 'senyuman' ini perkara yang enteng, tidak penting..
Hinggakan pernah semasa saya di matrik dahulu,ada yang menegur saya kerana susah sangat nak senyum.

Waktu tu,saya terima teguran itu dengan cuba untuk tersenyum kepada semua orang.
Cuba jugalah,walau kadang-kadang rasa pelik sebab buat benda yang 'baru'

tapi hakikatnya,
saya masih belum betul-betul faham erti 'senyuman' yang sebenarnya.
waktu itu la..

Semakin lama,sejak meninggalkan alam matrik yang sekejap cuma..
betul-betul membuka lembaran baru kepada hidup saya tentang erti 'senyuman' itu.

Di alam 'kampus' yang dikelilingi pelbagai ragam manusia dengan suasana yang berbeza
betul-betul mengajar diri ini erti 'senyuman' itu.

Kehidupan baru itu betul-betul mengubah persepsiku terhadap 'senyuman' itu.
Jika sebelum ini,pada saya

senyum itu hanya perlu pada majlis-majlis rasmi
senyum itu hanya bila dapat apa yang disukai
senyum itu hanya bila dipuji..

tapi,sekarang sudah berbeza..

senyum itu bila masalah menghampiri
senyum itu apabila dikeji,disakiti
senyum itu pabila marah berapi-api
senyum itu untuk menabur budi
senyum itu penguat sanubari
senyum itu rahsia hati..

ya..itulah erti senyuman yang sebenarnya..

siapa nak sangkal,nak bantah..terpulang..itu hak anda..

masing-masing ada persepsi sendiri.

tapi bagi saya..itulah..

Jadi,saya mengajak diri saya khasnya dan sesiapa yang membaca umumnya..
Gembirakanlah manusia di sekeliling kita

gembirakan mereka dengan akhlak yang bersih
gembirakan mereka dengan fikrah yang sahih
gembirakan mereka dengan senyuman serta pandangan yang jernih

moga kegembiraan ini membuahkan ketenangan dan kerehatan buat jiwa yang menagih kasih 
Allah yang Maha Pengasih.

tenang rasanya bila melihat mereka tersenyum..
"A smile is a charity
like a million bucks, to the refugees"
-When Angel Lower Their Wings, Outlandish-

.selamat tinggal.


senyuman dalam keletihan ^__^ 



6 comments:

softlight said...

senyumlah.... smile is cheap medicine... (^__^) {dapat tambah pahala juga}

Nur Hayatul Akmal said...

to softlight:

ya..senyum sokmo ^___^

iQaH @ $yA said...

nak sentiasa tersenyum jugaklah...hehehe

Akmal, tau x, kat pesta buku akan dtg nanti, dr. Farhan hadi ada buku baru "cintaku kerana agamamu"
sambungan pemilik cintaku slpas Allah & Rasul & denyut kasih medik..=))

Nur Hayatul Akmal said...

to $yA:

senyumlah..senyuman kamu manis ^_^

ya..tau jgk,tgk kt blog fatimah syarha..mesti dapatkan ^^

cerpen-cerpen islamik said...

Alhamdulillah..keep smiling ukhti..

Just share one hadith, our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) said:

“Do not abuse anyone…Do not look down upon any good work, and when you speak to your brother, show him a cheerful face.” (Sunan of Abu-Dawood, Hadith 1889)

~smile sokmo~

Nur Hayatul Akmal said...

to cerpen2 islamik:

insyaAllah..you too ^^

thanks for the nice sharing..

may Allah bless us..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...