Pages

Tuesday, January 3, 2012

Nak Jadi OSEM?


Menuju destinasi cinta..benar-benar bersedia?
Huh!! (kenapa mengeluh?)
astaghfirullah..

sila muhasabah diri anda balik wahai diri..

Allah..(mood sedih)

ok..stop!!

Allah sentiasa bersama kamu..ok?

percaya dengan janji-janjiNya..kuatkan pergantungan kamu padaNya..

Tingkatkan usaha untuk meraih cintaNya..redhaNya..rahmatNya..

kata nak jadi OSEM

mesti berubah!!

OSEM tu apa??
O.S.E.M. -> Ordinary Student. Extra-ordinary Muslim or

 Ordinary Self, Extra-ordinary Muslim.
(credit to inche gabbana atas ayat OSEM ini ) ^^


ok-ok..mari jadi osem!!


tapi..sebelum tu.


kata Karam Singh Walia Terbakar kampung, Nampak asapnya. Terbakar hati, siapa yang tahu ?


erk...nak jawab soalan dia dulu..

"Terbakar hati.Allah saja yang tahu"

betul kan? (angguk saja)

eh..kau cakap saja pandai!

***
Di kala saat manusia sedang leka dengan tahun barunya..
Marilah kita sebagai hamba Allah banyakkan istighfar memohon keampunan padaNya..
Doakan jua 'yang lain' bersama-sama dengan mudanya kita..
& mohonlah moga muda kita seperti mudanya pejuang kita sebelum ini..
walaupun raut wajah nampak ketuaan,tapi kekentalan & keberanian mereka hebat daripada muda kita..
~Hasibuuanfusakum qabla an tuhasibu~

Ya..muhasabah diri itu penting,bukan tunggu dah kena musibah,tapi hari-hari harus muhasabah diri.
(cakap pada diri sendiri)

Masa berjalan..semakin cepat..cepat & cepat..

tapi kau,bagaimana??

semakin cepat atau semakin lambat??

Hmm..muhasabah diri lagi..

***

Kau mahu keadilan?

tapi..tahukah kau apa hakikat keadilan itu(?)
_
Kau tidak akan dapat semua keadilan di atas dunia ini.
Sebab  kesempurnaan pengadilan adalah di akhirat nanti.
Tetapi usaha untuk mendapatkan keadilan itu perlu.
Usaha tanda  kau percaya.
maka..usahalah..tapi harus berstrategi..
susun semula strategi kau!

Merancang dengan lebih panjang, teratur dan tersusun, disertai dengan pengkaderan, dan pembinaan kepimpinan, agar nanti kau betul-betul mempunyai kekuatan. Masuk ke tengah masyarakat, menawan hati mereka dengan akhlak dan sahsiah yang baik, dengan kejujuran dan amanah, dengan fikrah yang mantap, adil dan sederhana, muncul menggegarkan kezaliman ini ibarat anai-anai. Tidak berbunyi, tapi almari akan roboh.
____

supaya kau lebih mengerti..hayatilah puisi ini..

Puisi Cinta dan Perjuangan.
Oleh:Hilal Asyraf

Yang menggerakkan kami adalah cinta,
bukan kebencian,
yang kami benci hanyalah keburukan,
dan kami memandang manusia itu dengan kecintaan.


Perjuangan kami adalah pembersihan,
melepaskan hati daripada kegelapan,
dan kami bergerak untuk melepaskan,
diri kami dan seluruh insan.

Kegelapan tidak akan berdiam diri,
dan bukanlah kami cahaya yang menerangi,
kami hanya peminjam cahaya Ilahi,
agar menumbuh subur daun kekuatan diri.

Perjuangan kami kibar,
cinta mengajar dan kami ajar,
kerja dan kejar,
bergerak meruntuh dan menggegar.

Yang kami bina hanya bangunan keimanan,
kebaikan,
kebahagiaan dan kelapangan.
Sama ada kami hidup dengan kemuliaan,
atau kami mati dalam mengejarnya hingga penghujung kehidupan.

***
oh..kau orang muda??..remaja??

cuba kau dengar apa kata seorang tokoh bernama Umar Tilmisani:
 “Hikmah orang tua, perlu wujud dalam semangat membara orang muda.”


                Itu petanda pentingnya orang muda, remaja, untuk sentiasa mengutip hikmah dan pendapat daripada orang yang lebih tua. Agar kesilapan veteran tidak remaja ulangi, agar kejayaan veteran dapat remaja sambungi dan tingkatkan.

***
Eh,tapi kau perlu bersikap ilmiah

ingat kembali kata-kata Imam Syafie:

"Jika sah sesuatu hadis yang bertentangan dengan pandanganku,maka buangkanlah pandanganku ke dinding"

kau perlu sedar,kau manusia biasa..tidak lepas dari kesilapan..

Imam Malik pernah berkata:

"Sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa.Kadang-kadang betul dan kadang-kadang salah. Maka lakukanlah penilaian terhadap pandanganku dengan merujuk al-Quran dan al-sunnah"

Tapi..ermm..

eh,jangan ber'tapi-tapi' lagi!!

Banyakkan memberi maaf,berterima kasih dan tunjukkan penghargaan sekalipun kau yakin kau benar..

Bergembiralah dengan janji Rasulullah saw:

"Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan dia pada kebatilan,maka dibina untuknya sebuah rumah di perkarangan syurga.Sesiapa yang meninggalkan perdebatan dan dia pada kebenaran maka dibina sebuah rumah di bahagian tengah syurga.Sesiapa yang mengelokan akhlaknya maka dibina mahligai untuknya di bahagian atas syurga"
(rujukan:sebarkan cintamu)

Ya..kau perlu sedar sekarang..masa semakin singkat..umurmu semakin meningkat

moga kualiti amalanmu meningkat seiring meningkatnya umurmu..

..selamat hari lahir..

ok..sudah-sudah la membebel..apakah(?)

selamat kembali ke sekolah..selamat kembali ke kampus (macam tak dak hati hendak balik lagi..)

selamat bertempur di medan exam..(semoga cukup segala persiapan perang anda)

dan selamat semua!!

selamat tinggal..

ohoho..Nak Jadi Osem!

4 comments:

Anonymous said...

semoga k.long trus kuat.. ap2 nk share.. share la ye..

Nur Hayatul Akmal said...

to Afifah:

shukran..mohon doanya ya k.yong.. ^^

cerpen-cerpen islamik said...

owh..baru faham sikit2 apa itu OSEM..dok nampak selalu word ni..memng cabaran tinggi..=(

Nur Hayatul Akmal said...

to cerpen2 islamik:

ya..cabaran tinggi...tp usaha utk mendapatkannya perlu..kerna usaha tanda percaya!

mari jadi OSEM!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...