Pages

Sunday, November 27, 2011

Adam dan Hawa


Adam,mengertilah..
By: Hawa

Hawa bukanlah insan yang kuat.. 
bukan juga insan yang bisa menahan nafsu.. 
tatkala diri diuji,Hawa sering tewas.. 
tewas dengan godaan syaitan&nafsu sendiri... 

Sungguh,Hawa telah cuba melakukan yang terbaik.. 
agar diri ini tidak menjadi fitnah buat Adam.. 
telah Hawa cuba menjaga diri sebaik-baiknya.. 
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume,make-up,perhiasan.. 
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. 
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa.. 
yang serba kekurangan ini?? 

Hawa ini berjiwa lembut.. 
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta.. 
Hawa tahu permintaan Adam.. 
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat.. 
namun,Hawa lemah.. 
Hawa takut zina hati... 

Setiap kali "sms" diterima.. 
Hawa keliru.. 
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. 
namun,Hawa akur tuntutan sahabat.. 
Hawa tewas.. 
Hawa reply jugak.. 
mengenangkan Adam adalah sahabat... 

Setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu.. 
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah 
yang dikurniakan buat Adam.. 
memudahkan perjalanan hidup Adam.. 
jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan... 

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. 
namun,bukanlah "couple" yang Hawa pinta.. 
tapi,cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. 
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. 
jangan dipinta apa yang tidak mampu Hawa berikan.. 
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... 

<<<>>>

Hawa,mengertilah..
By: AMYA
Edit: NHA

Adam sulit menahan pandangan mata ketika melihat Hawa, 
apalagi andai Hawa diamanahkan Allah kecantikan dan bentuk
 paras yang ideal, Adam semakin sukar untuk menolak agar 
tidak melihat Hawa, kerana itu lebarkanlah pakaian dan 
tutupilah rambutmu hingga ke dada dengan hijab yang  membentang..

Adam juga sulit menahan pendengaran  ketika berbicara 
dengan Hawa, apalagi andai Hawa diamanahkan oleh Allah 
suara yang merdu dengan irama yang mendayu,mencairkan hati yang 
membatu dengan pujuk rayumu, kerana itu tegaskanlah 
suaramu dan berbicaralah seperlunya.

Adam juga sulit menahan bayangan-bayangan hati Hawa, ketika Hawa 
dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati Adam, waktu luang 
Adam akan sering terisi oleh bayangan-bayangan Hawa, kerana itu 
janganlah Hawa membiarkan Adam menjadi curahan hati bagi 
Hawa, Cukuplah sekadar seperlunya sahaja.

Adam tahu diri ini paling lemah bila harus berhadapan dengan Hawa,
Kekerasan hati Adam dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyuman Hawa,
Hati Adam akan bergetar ketika mendengar Hawa menangis,
Dan hati Adam berdebar tatkala mendengar rayuan Hawa,
Sungguh Allah telah mengurniakan AMANAH terindah kepada Hawa,
maka jagalah, jangan sampai Allah murka hingga mendatangkan 
penyesalan buat Adam dan Hawa.

Maha Besar Allah yang tahu akan kelemahan hati ini, hanya 
dengan ikatan yang suci dan diredhaiNYA Hawa akan halal bagi Adam,
Halal dan berkat dalam redha Ilahi.

***
~ Tiada cinta sepenuh hati melainkan kepada ilahi ~


"Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang

 membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang 

membuat hatimu gelisah." 

[H.R. Ahmad dan al-Dârimî]

4 comments:

Anonymous said...

syukuran atas ingatan .. mOga d pelihara ler dri nie n shbat ku ..(^_^)

Nur Hayatul Akmal said...

to Cik Wanie:

sudah menjadi tanggungjawab kita saling mengingatkan kan? xperlu terima kasih ye..:)

nie luahan yang benar2 ^^

insyaAllah..smga kita semua sentiasa dlm redha ilahi..

may Allah bless us..

iQaH @ $yA said...

peringatan yg bgus..
terima kasih kwanku akmal syg <3

Nur Hayatul Akmal said...

to $yA:

sma2 beringat ^^ syg kamu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...