Pages

Saturday, November 26, 2011

Apresiasi Hijrah

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW 


Berkat rahmat dan kasih sayangNYA ,Berkat usaha dan keringat baginda,hari ini kita dapat menikmati 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN & ISLAM.

Allah...tanpa disedari ,telah sampai kita kepada tahun baru Hijrah
~1 MUHARRAM 1433H

Ya Allah..aku bersyukur kerna masih dipanjangkan umurku supaya aku merubah diri ini untuk menjadi hambaMU yang lebih baik & sentiasa diredhaiMU..

Ya rabbi, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMU, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMU.

Ya Allah Yang Maha Pemurah,Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia Engkau terimalah taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. 

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMU yang besar dan kemurahanMU yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapanku. Aku memohon pemeliharaan dariMU di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Amin ya rabbal alamin.


~Mari berhijrah ke arah kebaikan~

***
Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. 

maka tidak hairanlah,kelmarin,semalam,hari ini saya rasa nak nangis.. bukan nak sebenarnya,tapi dah nangis dah pun.

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepadaku sahabat sahabiah yang baik,bukan baik sebenarnya tapi TERBAIK DARI LADANG 

Di kala senang,ada di sisi,di kala susah datang merapati..terima kasih semuanya,hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.


***
Sangat tertarik dengan satu perkongsian:
kata ulama' Al-Imam Zahid kepada anak muridnya
kalau benar hendak menjadi muridku..sempurnakan 3 perkara ini dahulu..katakan selalu dan amalkan..

1. Allahumma 'eenn (Allah sentiasa bersamaku)
2. Allahumma nazrul ilaiya (Allah melihatku)
3. Allahuma syahidul ilaiya (Allah saksi kepadaku)

ini antara yang disebut untuk menghindar diri kita dari maksiat.


***


"Cukuplah Allah bagiku..Dialah sebaik-baik pelindung,sebaik-

baik penjaga,sebaik-baik penolong".



Semoga Allah redha akan hijrah kita semua..amin..



coretan hati hamba:Tahu secara tepat & faham secara jelas..insyaAllah..moga Allah bantu..:)

7 comments:

Anonymous said...

salam awal muharram kak long :)

Nurul Jannah Binti Ahmad said...

salam muharram jgk k.long...comel nma baru dy...^^,

Nur Hayatul Akmal said...

to Afifah Khamis:

salam maal hijrah buat kamu..syg kamu ketat2 ^^

to nurul Jannah:

salam maal hijrah juga buat kamu..syg kamu ketat2 jgk..^^

nama bakal anak..:)

Anonymous said...

hehe advanced la k.long nih.. :) syg kmu jugak..

Nur Hayatul Akmal said...

apa yg advanced nya?..sma ja dgn kamu..nk kta advanced sbb kahwin dlu..xjgk...hihi..gurau2 manja ^^

iQaH @ $yA said...

=)))

Nur Hayatul Akmal said...

to $yA:

senyum ada makna nih ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...