Ya Allah..
ku menanti Ramadan penuh sabar & debar..
alhamdulillah..
Ramadan yang dinanti semakin hampir..
takdirkanlah ku sempat & mampu melalui sebulan penuh Ramadan ini dengan kualiti & kuantiti ibadah yang optimum.
Ya Allah..
ini proposal(usul) Ramadanku..
adab sebelum Ramadan,sepanjang bulan Ramadan & selepasnya akan ku jaga sebaiknya..
semoga ku istiqamah melaksanakannya..
amin ya Allah.
***
Proposal Ramadan?
perlu ke ada..(?)
(bukan proposal dibuat bila nak buat program je ke macam yang pernah dibuat semasa ada program kat sekolah,matrik&kampus tu)
ya..benar..selalunya itulah proposal yang kita dengar..
tapi proposal ini lain banyak dari yang biasa kita dengar~
iaitu RAMADAN AL-MUBARAK.
~sebelum~
1)Alhamdulillah ku telah selesaikan apa yang belum sempurna seperti mengganti puasa & memohon maaf sesama manusia.
2)Membuat ulang kaji berkenaan puasa seperti maksud puasa,perkara yang dilarang semasa berpuasa,
hikmah puasa&sebagainya.Semoga ia dapat membantuku supaya lebih bersedia bertemu Ramadan kali ini.
3)Mengajak orang lain seperti keluarga & rakan-rakan terdekat supaya bersedia sebelum bertemu Ramadan seperti berpuasa sunat & berbuka puasa bersama-sama di rumah.
4)Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah & menjauhi perkara sia-sia.Seperti kata-kata Imam Hanbal apabila ditanya bila waktunya kita berehat,beliau menjawab: "ketika kita di syurga".
5)Memperbanyakkan berdoa supaya dapat bertemu Ramadan & akan terus berdoa:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
6)Membuat perancangan yang teliti termasuk perancangan untuk mencapai matlamat tertentu sepanjang bulan Ramadan.
~semasa~
1)Memperbanyakkan berdoa & beristighfar terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadan.
2)Makin akrab dengan Al-Quran.
3)Ingin jadi seperti Baginda s.a.w,apabila tiba bulan Ramadan,Baginda bertambah pemurah & memberi tanpa berkira-kira lagi.
4)Tidak mahu sekadar menahan lapar & dahaga tapi berusaha menjaga anggota badan yang lain (mata,lidah,telinga,kaki dll daripada berbuat maksiat).
5)Melewatkan bersahur & menyegerakan berbuka.
6)Tidak tidur yang berlebihan kerana tidur berlebihan boleh menghilangkan kenikmatan berpuasa.
7)Beribadah bersungguh-sungguh demi mencapai redha Allah.
~selepas~
1)Terus bersemangat beribadah sepertimana semasa Ramadan kerana hakikatnya kita sentiasa dilihat oleh Allah walaupun bukan pada bulan Ramadan.
2)Berasa bersyukur & bergembira kerana Allah memanjangkan umurku & dapat menyambut hari kemenangan umut islam.
3)Mengucapkan tahniah kepada umat islam yang lain juga kerana berjaya mengharungi ujian nafsu pada bulan Ramadan.
4)Menggunakan masa itu untuk melepaskan rindu pada saudara-mara & sahabat handai dengan berziarah untuk merapatkan silaturahim.
5)Memastikan sambutan hari raya mematuhi syariat,tidak berlebih-lebihan & mengelakkan pembaziran.
semoga proposal ini berjaya dilaksanakan dengan penuh istiqamah oleh saya terutamanya & tidak lupa juga saudara-saudaraku yang lain.
semoga Ramadan kita berbuah TAQWA..
RAMADAN KAREEM!!!
ALLAHUAKRAM..
p/s:sumber dari solusi isu 34
4 comments:
salam ramadhan k.long! =)(dgn wajah penuuh keceriaan)
to Afifah Khamis:
salam ramadan kembali k.yong..
xnmpk la wajah penuh keceriaan tu^^
smga ramadan kta berbuah taqwa..amin..
nmpk je wajah ceria tuh..k.long sorg y x nmpk.. (O.o)v
to perjalanan menuju cintanya:
erk..biar betul?...nmpknya power spek sy dh naik la..^_^
Post a Comment