Pages

Monday, July 4, 2011

Pesanan Imam Kamu


Semasa sedang 'blogwalking'  dihujung minggu,tiba-tiba mata nie tertarik pada  'entry' di satu blog nie.
"Secara peribadinya aku mengkagumi wanita..namun kekaguman aku terhadap wanita ini hanyalah insan tertentu sahaja.Iaitu wanita yang mempunyai segala ciri-ciri yang aku idamkan.."
nak tau apa ciri-ciri yang diidamkan tu? 
baiklah..cuba teliti  baik-baik
  • Wanita yang mempunyai rasa malu
"Sesngguhnya aku mencari malu yang ada pada wanita,bukanlah kerana kecantikannya.Jika kecantikan diukur dengan level Malu,nescaya pastinya perasaan malu itu yang lebih penting.Secara nuraninya,jika dunia berpaksiakn kecantikan semata-mata.Percayalah hai adam,kita tidak akan pernah puas dengan kecantikan wanita.Malu yang ada pada wanita itu yang dicari,tetapi harus diingat.Tak salah perigi mencari timba.gunakan orang tengah.."
  • Wanita yang mempunyai ketegasan terhadap dirinya
"Ketegasan itu teramat penting.Namun ketegasan itu tidak bermakna bahawa wanita itu mestilah seorang yang ‘ganas’.Pada aku ketegasan itu sebagai benteng yang akan melindungi wanita itu dari mana-mana lelaki yang berniat jahat.Apa yang aku risaukan adalah apabila seseorang wanita sudah benar-benar jatuh cinta,maka apa pun sanggup dikorbankan untuk membuktikan ‘cinta sejati’ itu.Bukan bermaksud aku menuding jari pada wanita,cuma sikap wanita itu sendiri.semoga akan lahir wanita yang tegas menolak cinta lelaki durjana,mendamba cinta lelaki sejati.."
  • Wanita yang menghormati ibu bapanya
"Mestilah yang hormatkan ibu bapanya.Kalau tak hormat ibu bapa,bagaimana ya dia mahu hormat suaminya?Jadi,pilihlah insan wanita yang taat pada ibu bapanya.Ada impak yang tersendiri juga ya.Apabila si ibu mempunyai sifat hormatkan ibu dan bapa,maka secara tak langsung anak kepada sang ibu juga akan menghormati ibu dan bapanya juga.Bonus percuma tu!!.." 
  • Wanita yang benar cintakan agamanya 
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.."Jadi,yang mana pilihan hati?
hmm..jadi macam mana? 
ada ke ciri-ciri tu pada diri kita? 

jom tengok pesanan  IMAM yang lain.

Nukilan Untuk Bakal Peneman Hati
Dalam diam aku menunggu,
Di bawah rimbun yang teduh,
Menanti sabar,
Akan datangnya seseorang bidadari,
Nan menjadi penyeri hati.

Peneman hati...
Datangnya kutunggu,
Dengan jejak yang senyap tidak bergerak.

Menanti suri jiwa...
Yang bakal ketawa bersama,
Apatah duka berwalang seribu,
Asam garam dunia diharungi bersama.

Menantilah aku di pojok pangkin dengan elusan pawana Tuhan,

Akan teman hati penyemi nurani,
Yang ditakdirkan kemudian hari...


subhanallah... jiwang pulak IMAM kamu yang ni.

nak lagi ?

ayuh..tengok pulak pesanan IMAM MUDA 2

mai dengar pesanan kami pulak...
Taat pada suami
Allah diutamakan
Quran di junjung
Wanita solehah
Amanah tunai tanggungjawab.

Tunjuk kasih sayang
Anak pandai dididik
Akhlak mulia
Tutup keaiban suami.

Solat dijaga
Org tua dihormati
Puasa dikerjakan
Aurat di pelihara
Nabi dicontohi

"Mudah-Mudahan Kaum Hawa Tergolong Dalam Golongan Ini, Insya-Allah.."

dah habis?

eh,ada lagi.
"Hakikatnya,semua lelaki suka & kagum dengan perempuan muslimah nie..sejuk mata TERPANDANG,bukan MEMANDANG  ye..
 cuma 'asbab' nafsu semata-mata..akibat tengok perkara-perkara pelik,maka terjadilah perkara yang pelik-pelik dengan perempuan yang macam 'open' sket..
sebenarnya ada yang menyesal tapi tak mampu nak tahan diri..jadi kepada wanita-wanita muslimah,jagalah diri kamu...jangan mudah menyerah diri kepada lelaki macam ni..doakanlah mereka mendapat hidayah dari Allah & semoga dirimu tidak diuji sebegitu.." 
(isi dari pesanan ini tlh diedit dari yang original  utk memudahkan kefahaman pembaca)
jadi..macam mana,dah cukup ke pesanan-pesanan tu?


dah..


eh,belum cukup lagi tu..

ni pesanan paling UTAMA yang kamu patut ikut
wahai muslimah sekalian..

PESANAN RASULULLAH S.A.W

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah
(Riwayat Muslim)

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)


3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik) 
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).



mari fahami betul-betul pesanan imam kamu ini


jangan biarkan hidup kamu diselubungi....maksiat..(nauzubillah)

mari jadi solehah!!!



p/s: 1)sumber rujukan iluvislam.com
       2)credit to akh syafiq aizat & Jamal Ali atas nukilan di blog yang mantop.
       3)terima kasih sahabat-sahabatku...
       4)pesanan buat diriku & dirimu..

2 comments:

Jamal Ali said...

Saya tidak berhenti tersenyum tatkala membaca perkataan jiwang itu... (Ketawa kecil)

Nur Hayatul Akmal said...

ntah..xtahu mcm mna nk 'describe' puisi 2.....maaf ye..
shukran bg copy puisi tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...