Pages

Saturday, July 2, 2011

Isteri Imam Muda

"saya nak jadi wanita yang solehah.. doakan saya dunia akhirat.. bimbing saya tegur saya apa yang   patut ye"
"nak jadi macam isteri IM Nazrul  .." 
ALLAHU AKBAR...
Hanya lafaz ini yang mampu dilafazkan tatkala melihat 'status' ini  di fb seorang rakan.

sungguh besar rahmatMU...hatta melalui rancangan realiti IMAM MUDA , banyak pengajaran & contoh terbaik dapat ditimba oleh hamba-hambaMU  demi mencapai redhaMU...

namun harus diingat rakan-rakan,rancangan itu hanyalah 'asbab'  yang membawa kita semua menuju redha ALLAH...hanya Allah yang Maha Berkuasa memberikan 'hidayah' & 'rahmat' kepada hamba-hambaNYA.
buang yang keruh,ambil yang jernih...
tak salah kita 'menanam impian' seperti diatas,namun mestilah diperbetulkan niat itu hanyalah semata-mata kerana ALLAH....bukan kerana IMAM MUDA ye..=)

sebelum mencapai 'cita-cita' kita itu,kita mestilah berbuat sesuatu..."kejayaan tidak datang bergolek".

jadi,nak buat apa ye??
nak tahu..jom teliti baik-baik ye.

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada, Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH..."

credit to syajaz

selain itu, jagalah maruah diri...jangan mudah 'menyerah diri'


bukan itu sahaja...dekatkanlah diri kepada Allah...selalulah berharap kepadaNYA.

insyaAllah..nanti akan mendapat yang terbaik dari Allah..
macam pasangan bahagia nie..

IM Nazrul & isteri tercinta
bersama anak yang disayangi
sayangnya nak tinggal anak& isteri
keluarga bahagia
dan juga ini >_<

so sweet in purple rite? ^^
semoga mendapat yang terbaik ye rakan-rakan..

biarlah perubahan yang dibuat demi mengejar cinta ALLAH

semoga Allah redha dengan usaha kita.

"Wanita solehah itu adalah wanita yang tidak liar pandangan dan akhlaknya."

Dia boleh memandang, tetapi tidak liar. Dia boleh dipandang, tetapi bukan sebab dia gedik, namun sebab dia solehah.

insyaAllah.


p/s:1)credit to ambo Abdullah Mukmin atas gambar2 IM nazrul & keluarga..
     2) peringatan buat kamu & diri penulis terutamanya...
     3)kepada tuan punya 'status fb' jangan marah ye..saya 'LIKE'  status anda :)

4 comments:

Farah Hanim said...

InsyaAllah, sama-sama mengingati. terima ksih ;-))

Nur Hayatul Akmal said...

insyaAllah...terima kasih jgk
mama anim =)

Nur Baiyah said...

niat kerana Allah..
sweetnya pasangan imam muda..
moga menjadi cntoh kepada anak muda:
SAlam

khaliFah_maahad said...

like

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...