Pages

Wednesday, July 20, 2011

Diam Emas


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". 
(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)


"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". 
(Riwayat AT-TARMIZI)

DIAM BUKAN SEBARANG DIAM TAPI DIAM EMAS



tapi


Boleh bercakap,tapi hindari percakapan yang sia-sia...sebab

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat ABU NAIM)

***
Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” 
[ Hadith riwayat Abu Dawud]
Kesimpulannya,
boleh bercakap asalkan percakapan itu tidak sia-sia,
boleh diam tapi biar bertempat.

Diam bukan mengalah.                                  
 Ia cara mencari Rahmah
Mendekatkan diri kepada Allah.

p/s:orang tua-tua kata "diam tanda setuju"..betul ke??

1 comment:

Anonymous said...

diam tnda setuju.. emm mendalam mksdnya tuh..huhu.. tp diam k.long.. diam2 ubi.. berisi.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...