Pages

Friday, June 3, 2011

Bulan Yang Istimewa..


Hari ini (khamis) terasa sangat tenang walaupun hari nie paling penat setelah bekerja hampir 8 jam di kedai abangku..Dalam 6 hari seminggu,rutinku dari pagi hingga petang dihabiskan di kedai tersebut.Hmm..semasa duduk berehat selepas maghrib tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk..ternyata mesej itu dari seorang sahabat sekolah lama..
Lebih kurang beginilah isi mesejnya;

ASSALAMUALAIKUM..
1 Rejab sudah menjelma..Mari kita perbetulkan niat kita kerana ALLAH..Mari mula puasa sunat Rejab & perbanyakkan amalan untuk kesucian hati..InsyaALLAH sinar keagungan Rejab menjadi milik kita dalam mencari sekeping hati seorang hamba.

Subhanallah…angin Ramadhan sudah mula menyapa..

“Allahumma bariklana fi rajab wa sya’ban wa balighna ramadhan” (ya ALLAH berkatilah kami dalam Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami kepada ramadhan) Doa Rasulullah..:-)

Astaghfirullah..1 REJAB sudah kembali,disebabkan kesibukan duniawi,aku hampir tidak menyedari kehadirannya..(aku bermonolog sendiri) 

Istighfar terus dalam hati…Alhamdulillah,terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat yang selalu mengingatkan apabila aku lupa.

Baruku sedar nikmat ketenangan yang dirasakan sebelum menerima mesej itu merupakan petanda bahawa aku mesti lebih mendekatkan diriku kepada kekasih agung iaitu ALLAH s.w.t. Aku mesti menambah kecintaan kepadaNYA melebihi yang lain.Semoga aku berpeluang bertemu lagi dengan REJAB,SYA’BAN & RAMADHAN.Amin ya Allah..

ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

p/s: terima kasih sahabat  sekolah lama ~

2 comments:

~ohikaku~ said...

selamat menyambut bulan yg mulia ini... sama2 kita beribadat kpdNya..

Nur Hayatul Akmal said...

insyaAllah..ohikaku syg:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...