Pages

Friday, February 10, 2012

Syukur yang Dilupakan...



Al Junaid seorang sufi, pernah ditanya tentang Makna (hakikat) syukur. Dia berkata, "Jangan sampai engkau menggunakan nikmat karunia Allah untuk bermaksiat kepada-Nya"
Ketika kita menerima pemberian Allah kita memuji-Nya, tetapi ini sama sekali belum mewakili kesyukuran kita. Pujian yang indah dan syahdu saja belum cukup, dia baru dikatakan bersyukur bila diwujudkan dalam bentuk amal soleh yang diredhai Allah.

Syukur yang sejati terungkap dalam seluruh sikap dan perbuatan,serta dalam amal perbuatan dan kerja nyata.
Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, "Perumpamaan orang yang memuji syukur kepada Allah hanya dengan lidah, namun belum bersyukur dengan ketaatannya, sama halnya dengan orang yang berpakaian hanya mampu menutup kepala dan kakinya, tetapi tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Apakah pakaian demikian dapat melindungi dari cuaca panas atau dingin ?"
 Rasulullah s.a.w dikenali sebagai abdan syakuura (hamba Allah yang banyak bersyukur). Setiap langkah dan tindakan baginda merupakan perwujudan rasa syukurnya kepada Allah.

subhanallah..itulah kekasih Allah yang agung..

Apakah kita telah menjadi hambaNya yang bersyukur ? (tepuk dada tanya iman)

***

Jom Bersyukur Setiap Waktu.!!!

Mulakan dengan Sujud Syukur setiap kali selepas Solat Fardhu.

Kaifiat Sujud Syukur:
1) Niat serta Takbirratul Ihram (angkat kedua tangan & menyebut Allahu Akhbar)
2) Sujud (1 kali) mengucap Allahu Akhbar ketika bergerak untuk sujud &
ketika bangun dari sujud. 
3) Memberi salam
4) Bacaan sunat semasa sujud:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

nak tahu lebih lanjut soal sujud syukur boleh rujuk sini 

<<<>>>

pasukan VT MATRI 2011

Dakwah dan tarbiyah tidak kira tempat mahupun masa 
Suasana yang jarang kita nampak di negara kita.

_selamat beramal_

2 comments:

Anonymous said...

mana dpt gambaq tu k.long?

Nur Hayatul Akmal said...

to Afifah Khamis:

gambar yg mana? ada 2 gambar kt ats..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...